Sabtu

Nafkah Ayah & Emak...wajibkah??

                    Terbaca satu artikel yang membuatkan tergerak hati untuk aku menulis..^_^



      Tanggungjawab anak menjaga kebajikan ibu dan bapanya mengikut kemampuannya sehingga akhir hayat mereka....tapi rata-rata kita lihat didunia akhir zaman ini banyak anak-anak melihat golongan emas ini ditinggalkan bersendirian atau pun ditinggal dirumah orang-orang tua dan tidak dipedulikan..Hal ini menyebabkan mereka terpaksa hidup melarat dan bergantung pada orang lain..amat menyedihkan..

      Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."(Surah Luqman ayat: 14)
          Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya


             pernah sekali aku berkunjung kerumah orang-orang tua untuk meminjam padang (main bola jaring)..kami menegur salah seorang warga tua itu...katanya ; anaknya semua pegawai..kerja mereka semuanya hebat-hebat..tapi dia tetap menanti kepulangan anaknya ..sayu hatiku..ketika itu aku berazam untuk lebih prihatin terhadap kedua ibu bapaku..

              Menurut Ibn Al- Munzir,ulama bersepakat bahawa wajib diambil sebahagian harta anaknya untuk membantu kedua orang tua yang tidak mempunyai harta dan pekerjaan... 'namun seandainya ibu bapa mempunyai harta maka tidak wajib memberikan nafkah kepada mereka kecuali atas nama kebajikan dan mengerat silaturrahim..'


               Hukumnya wajib ke atas anak untuk membantu ibu bapa mereka yang berada dalam kesempitan bagi meringankan beban seperti mendapat tempat tinggal,kos perbelanjaan dan perubatan..

                Segala kebaikan perlu dimulakan dengan diri sendiri seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Jika salah seorang dari kamu faki,maka gunakan untuk dirinya terlebih dahulu.Jika ada lebihannya,gunakan untuk keluarganya,dan jika ada lebihan dari hartanya,gunakan untuk kaum kerabatnya (ibu bapanya)." riwayat Muslim))
= hak memberi nafkah ini adalah suatu kewajipan yang xperlu dipertikaikan,,,Ibn Qudamah al-Maqdisi menyatakan syarat memberi nafkah secara ringkasnya seperti :

 - Hendaklah diberikan kepada mereka yang yang sememangnya tiada harta dan pekerjaan..Jika tiada kedua-duanya atau salah satu daripadanya,maka hendaklah diberikan pada  yg tdk mempunyai apa2 harta atau kerja yang mampu menampung hidupnya...

-Hendaklah orang yang memberi nafkah itu adalah orang yang mempunyai lebihan hartanya,sebagaimana hadis Jabir.

- Hendaklah orang yang diberikan nafkah itu waris keluarganya,bukan orang lain yang tiada kenamengena dengan dirinya..

~ ganjaran kebaikan seorang anak terhadap ibu bapanya adalah sebesar-besar jihad fi sabilillah...seperti hadi yang diriwayatkan talhah bin Mua'wiyah yang datang menemui Rasululllah S.A.W dan meminta izin untuk berjihad,katanya;Aku datng kepada Nabi S.A.W. seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku begitu teringin untuk pergi berjihad fisabilillah..! Baginda menjawab: Adakah ibu kamu masih hidup ? Aku menjawab : Ya ! Nabi menjawab : Peliharalah dia sebaik-baiknya,disana ada syurga buatmu." (riwayat al-Thabrani)

                Rasululah S.A.W bersabda bermaksud : "Tidaklah seseorang itu yang ingin bersedekah dengan satu pemberian dan lantas diberikan kepada kedua orang tuanya, maka kedua orang tuanya turut  mendapat pahalanya dan dia turut mendapat pahala seumpama  pahala kedua orang tuanya tadi tanpa dikurangi dari pahala mereka itu sedikit pun." (Riwayat al- Tabrani)



            Ibu bapa wajib ditaati dan menjaga hak-hak mereka.Tidak sepatutnya wujud perasaan terbeban dalam menjalani tanggungjawab tersebut.

           Menjelang saat-saat hari tua adalah penantian kehidupan yang menggusarkan fikiran. Pasti semua ibu bapa akan kerisauan mengingatkan tentang kehidupan hari tua kelak. Dalam Islam,anak lelaki yang paling berkewajipan menjaga ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan. Seorang ibu boleh membesarkan anaknya yang ramai, sebaliknya anak-anak yang ramai belum pasti dapat memelihara kedua ibu bapanya.
            Maka, antara jalan untuk tergolong sebagai orang-orang yang beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan berbakti kepada ibu bapa boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)."(Riawayat Muslim)
          Janganlah disebabkan kita menyisih org tua menyebabkab mereka mendoakan keburukan kepada anak mereka kerana doa org yang dizalimi dan kedua ibu bapa termakbul..
 Rasulullah S.A.W  bersabda yang bermaksud: Tiga doa yang passti akan dimakbulkan tanpa diragui lagi,doa orang yang dizalimi,doa orang yang sedang dlam perjalanan (musafir) dan doa orang tua keatas anaknya." (hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
           Seperti kisah Alqamah,Dia tidak dapat mengucap kalimah syahadah lantaran sikapnya yang mengutamakan isteri daripada ibunya. Sedangkan Alqamah merupakan seorang yang taat kepada perintah Allah, rajin menunaikan solat, suka bersedekah dan sering berpuasa.Rasululllah SAW memanggil ibunya bagi mendapatkan keampunan, sebaliknya ibunya menolak kerana masih berkecil hati dengan sikap Alqamah yang mengutamakan isterinya.   Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya.
           Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan seterusnya Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.Sebaik sahaja Alqamah dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya."(Hadis riwayat Abu al-Laith
            Pakar Motivasi,DR HM Tuah Iskandar Al-Haj berkata ; Tanggungjawab itu tidak akan terhenti sehinggalah kedua orang tuanya meninggal dunia,jadi anak lelaki tersebut perlu memperuntukkan sebahagian pendapatannya kepada ibu bapanya.... "Lelaki yang berkahwin bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal dan keperluan lain dengan sederhana untuk keluarganya demi kepentingan orang tua ; katanya. 
                      "dan jika orang itu berkahwin,ia menunjukkan lelaki tersebut mampu kerana syarat untuk berkahwin adalah kemampuan,,,;dan para isteri perlu lebih memahami hak-hak ibu ke atas anaknya yang diberi keutamaan dalam Islam. Lantaran, anak-anak kita juga akan bertindak dengan apa yang pernah kita perlakukan terhadap ibu bapa  kerana kesaksamaan Allah yang maha adil. Justeru, isteri harus bersikap reda dengan ruang-ruang yang perlu dipenuhi oleh suami terhadap ibu bapanya
                   Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Apabila meninggal seseorang itu ,maka terputuslah segala amalannya,melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat,ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya..." (hadis riwayat Muslim)
                      Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya  perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya  kedua telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra' ayat : 24)


10 KEBAIKAN yang perlu dilakukan anak terhadap kedua ibu bapanya:
-Menghulurkan bantuan kewangan atau material
-Menyediakan tempat tinggal
-Memberi kasih sayang 
-Memberi perhatian
-Memenuhi permintaan
-Melakukan apa yang disukai
-Bercakap dengan lemah -lembut
-Menghadiahkan kejayaan
-Meluangkan masa bersma-sama
-Mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapa


p/s: kejadian macam n kerap terjadi...banyak yang lupa jasa mak ayah...lupa pula pada nafkah mak ayah..hm!!dlu mak ayah lah bersusah payah membesarkan sehingga ana sendiri dapat bekerja..mencari nafkah...tiadalah anda tanpa mereka....sdey3..:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan