Rabu

Cuti sem puler..:)


‎Cuti sem kali ini memberikan banyak makna....sangat-sangat bermakna...yang mengajar kami erti kehidupan,pengalaman serta hidup bermasyarakat...:)... bersama-sama sahabat kami mencipta satu persahabatan yang seingat kami tidaklah serapat yang disangkakan dahulu ketika di kampus...,indahnya setiap susunan Allah... Aku,husna syifa...banyak diberikan kekuatan atas setiap tomahan sewaktu bekerja..terima kasih sahabat2,ustaz...

~Kupu-kupu menjadi Indah ketika ia mampu berjuang melepas diri dari kepongpong...







 Suatu pengalamn dan pengajaran yang tidak dapat dibeli dengan duit, pengalaman ini sedia ku kongsi kan dalam entri ku ini..:) ((ibarat menulis diari pula..hihi)) Soal nikah ,cerai,rujuk, kaunseling..semuanya disini...hampir sehari-hari ada saja kes yang datang...hal ini menakutkan aku untuk memulakan kehidupan berumah tangga..dari umur belasan tahun hingga lah ke umur 60,ada sahaja yang memohon untuk dikaunselingkan pasangan..ada pula yang memohon sijil cerai..Aku??? si pendaftar untuk buku kaunseling boleh saja nak buka fail kaunseling rumah tangga...tidak masalah itu dari suami,masalah isteri pula yang bertandang,kadang-kadang hal suami isteri keluarga mertua yang masuk campur...sangat menakutkan..hm ..yalah anggapannya...awal perkahwinan semuanya manis,pahitnya pula dirasa selepas itu...entahlah..negatifnya fikiran ini..kahwin kan sunnah...(fikirku sendirian)..rezeki Allah yang tetapkan..:) kami juga diberi peluang untuk membuat operasi sekiranya mendapat aduan.tangkap khalwat,mufaraqah perkahwina dari mahkamah..segalanya telah ku lalui..sangat beruntung bagiku..:)..Alhamdulillah..:

apa pun ku doakan segala nya baik..akan bersambung lagi..hihi..esk keja la..:) rindu pula sahabat humaira'... sayangku sahabat2 humaira......







 




Apabila seorang da’ie TIDAK MENJAGA hatinya, maka ROSAKLAH hatinya..terfitnahlah ISLAM kerananya..runtuhlah DAKWAH ditangannya..kejayaan dakwah bukanlah terletak kepada KEPANDAIAN seorang da’ie BERKATA-KATA..tetapi terletak pada KEIKHLASAN dan KEBERSIHAN hatinya::~




Semoga dapat berkongsi rasa..semoga pembaca emtri ini di dalam rahmat Allah..amin2 ya Rabbal Alamin..:)


~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Selasa

macam mana la...

praktikal oh praktikal..adoyai..boring giler...hm..bila nk abis la....kuat3..husna..:)



~hidup dan matiku kerana Allah~


Read more...

Sabtu

Dia pilihan ku.....

Menerima taqdim daripada banyak individu menjadikan hati berbelah bagi... Mahu memilih yang mana menjadi pilihan hati untuk dijadikan bakal zauj kelak....  Jika difikirkan masih awal agaknya mahu membuat keputusan... Kekacauan ini terpaksa jua ku berkongsi bersama sahabat dikasihi,entah lah... mereka menyifatkan sebaik-baiknya memilih yang soleh membuat calon..keputusan perlu jua dibuat takut-takut jodoh yang bakal datang selepas dari itu adalah jodoh yang tidak baik.. yakah...berat rasanya untuk membuat keputusan.... Istikarah...?ya istikarah perlu dilakukan....




Apa yang dimaksudkan dengan istikarah??


Istikharah  merupakan senjata orang beriman dalam menghadapi urusan agar dapat membuat pilihan yang tepat.

tapi ramai pula yang menyalah ertikan istilah istikarah ini hanya untuk jodoh semata-mata.... sebenarnya istikarah boleh dilakukan apabila kita menghadapi sesuatu kebuntuan atau kekeliruan dalam membuat pilihan yang mana kita sukar untuk membuat keputusan dn seharusnya memohon petunjuk Allah agar diberikan hidayah dan dorongan yang tepat dalam memilih yang terbaik buat kita.


Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:



إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya.
 – Hadis riwayat Imam al-Bukhari 






Bagaimana melaksanakannya..?


Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah




Menurut al-Imam al-Nawawi, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya. Ramai menyalah anggap bahawasanya..ia adalah apabila Allah menunjukan sesuatu kepada kita untuk membuat keputusan dan apa yang perlu dilakukan.... jangan...takut-takut syaitan yang memberi petanda yang kita harapkan, kerana pilihan yang kita inginkan selalunya yang menyalahi tuntutan iman kita. Ia diantara fitnah dalam beristikarah... seharusnya istikarah yang dibuat itu membuatkan kita berasa yakin untuk membuat keputusan....insyaAllah...mohonlah kepada Allah petunjuk agar diberi kemudahan dalam memilih kerana kepada Allah yang sentiasa menanti, menunggu hamba-Nya meminta, berdoa kepada-Nya.Dirikanlah solat sunat istikharah pada 2/3 malam bagi memohon petunjuk daripada Allah.insya Allah... ^_^

Siapa pilihan hati ini...:) masih lagi menjadi tanda tanya...apapun keputusan sudah dilakukan. Moga ini yang terbaik buatku..insyaAllah... 



Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu


~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Jumaat

    Menarik kehidupan ini dengan pelbagai situasi... Kita diberi peluang oleh Allah untuk merasai kemanisan serta kepahitan dalam kehidupan... masing-masing diberi kertas putih ...dan diberi pilihan untuk mencoraknya..... indah betul ciptaan Allah... Orang beriman itu andai diberi ujian,mereka merasakan itu tarbiah diri untuk lebih kuat.. lebih kuat untuk menempuhi cabaran akan datang.. bersyukur atas setiap kejadian,walau suka dan duka... Cantikkan agenda Allah..moga kebaikan yang dilaksanakan menjadi bekalan disana kelak...insyaAllah.. ^_^

              




Indahnya hidup bersama Ilahi...


~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Sabtu

Doa Iftitah wajib ker sunat jer?

            Iftitah bermaksud pembuka. Ia dibaca pada semua solat fardu dan sunat... dan hukum bacaannya adalah sunat, jika meninggalkannya tidak perlu melakukan sujud sahwi dan ia juga tidak dibaca dalam solat jenazah. Ianya dibaca selepas mengangkat takbiratul ihram....







maksudnya:

Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.Dan maha suci Allah siang dan malam.Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam). 



Kepentingan Doa Iftitah
  • Melahirkan sifat ikhlas dalam beribadah
  • Menghadirkan rasa khusyuk dalam solat
  • Melahirkan sifat taqwa dalam diri
  • Menjauhkan hati daripada sifat riyak dalam beribadat


p/s : hendaklah berhati-hati agar tidak tertukar bacaan musyrikin dan muslimin..kalau tidak sudah lain maksudnya...Nauzubillah...


~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...