Selasa

pesan Imam Syafie






Sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

p/s : Allahurabbi...muhasabah diri yg byk kekurangan dan persediaan bertemu dgnNya.. Bantulah hambamu ini Ya Allah..

~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Sabtu

Melakar Cinta Di Syurga


Garisan permulaan sebuah perjalanan seorang manusia, hamba dan da’ie ditentukan selepas mereka sudah baligh dan berakal dalam menyimpan maksud keterbukaan minda tatkala mengarahkan diri bermain dengan alam, kelangsungan pada kepercayaan diri. Meter mula bergerak mengikut kelajuan dan kepantasan roda yang berputar. Pahala dan dosa silih berganti mengisi kantung.

Berkata Umar Ibn el Khattab:
“Hendaklah jangan kamu menilai lelaki yang soleh itu hanya dengan melihatnya di masjid sahaja, namun hendaklah kamu melihat bagaimana muamalah dia ketika berurusan dengan orang lain”

Meraba-raba dalam kegelapan, tidak tahu mana halal dan haram, tidak akan menjanjikan suatu jaminan cinta itu betul-betul suci. Kononnya bercinta untuk meraih redha Ilahi. Dua pasangan kekasih bercengkerama di bawah bulan purnama, mengisi tahajud dengan bunga-bunga cinta berapi, telinga ditusuk dengan panahan syair-syair indah menggetis keasyikan dua pasangan yang hangat bercinta dalam dosa.

Kebusukan tingkah laku mengelaburi mata dan nafsu yang mengelocak tinggi. Mudah sahaja mereka membayar harga sekuntum cinta, mekar merona di tubir sukma, si ‘dia’ menabur janji dan mula dibuai mimpi, mereka khayal kerana hanya tercium haruman wangian bait kata-kata sang kekasih. Kalau dicurahkan air panas di sebelah tangan kanan, manakala tangan kiri asyik sahaja membelai dan mengusap rambut kekasih hati, kelembutan belaian tangan itu telah melenyapkan sifat panas yang ada pada air itu.

Rasa syahwat itu diangkat tinggi melebihi rasa sakit.
Inilah dikatakan ‘cinta sakti’, penangannya pernah dirasai sendiri oleh Siti Zulaikha yang tertarik dengan ketampanan Nabi Allah Yusuf as, hingga menarik dirinya untuk melakukan maksiat, hingga tangan-tangan wanita luka terhiris pisau sendiri, terpesona melihat dzat wajah Nabi Yusuf as. 


Mudah Jatuh Hati Pada Nama Cinta

Jangan kita sempitkan istilah ‘bijak’. Semua orang fikir salah satu faktor kejayaan manusia dalam lapangan peperiksaan di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan penjawat awam kerana dia ‘bijak’. Anda betul, dan tiada siapa yang bisa menafikan. Namun jika jawapan anda mengatakan seseorang itu pandai menggunakan ‘bijak’ dalam kehidupan seharian, itu lebih tepat.

Orang bijak sahaja tidak cukup, andai tiada usaha ke arah mencapai kejayaan, kerana mereka yang tidak ada ‘bijak’ pada diri tetapi ‘bijak’ mengurus tadbir diri, tidak mustahil lebih cemerlang daripada mereka yang punya ‘bijak’ pada diri. Bila tidak cukup ‘bijak’ itu, yang akan memakan diri, segala impian dan harapan akan musnah dek termakan hasutan syaitan dalam memenuhi tuntutan hawa nafsu.

Terasa pelik juga kerana tidak pernah kenal dan bersua, tetapi bermain dengan kata-kata indah, berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mail, dan sebagainya, dengan mudah boleh jatuh cinta. Bila nafsu diletakkan di hadapan semua yang salah, nampak betul sahaja. Manakala bagi mereka yang sedikit mengaji, faham tentang halal dan haram, namun kerana tewas juga pada nafsu,
matlamat cuba untuk menghalalkan cara;
“Rasa kurang best kalau tak kenal dengan lebih rapat, at least kita kenal latar belakang keluarga dia”

Pada mulanya nampak baik, tetapi bila terlalu kerap berhubung dan bertemu masa program, maka akhirnya mereka mengambil jalan pintas untuk melayan perasaan. Namun bila konsep yang sama diterjemahkan ketika bercinta dengan Allah Taala tidak pula kesampaian, sedangkan setiap umat Islam tahu akan peranan solat yang dikerjakan lima waktu setiap hari. Interaksi kita bersama Tuhan, adalah setiap kali kita mengangkat takbir dan sebelum salam, sepatutnya telah menjanjikan sebuah cinta yang lebih berapi.

Masakan tidak, setiap hari kita berkomunikasi dengan Allah Taala, lebih hebat dari sekadar menghantar khidmat SMS, tidak perlu habiskan duit untuk menampung kos kredit yang digunakan, tidak perlu banyak habiskan suara mengungkap bicara indah, secuma tenang dan teguh selama lima minit, cukup rukunnya, dan dihujungnya dipanjatkan doa. Mudahkan, tapi apabila di luar solat lain pula yang terjadi.
Peoples often do mistakes on cinta because of the way they define cinta itself. Cinta is coupling. Cinta is sharing everything. Cinta is going out together. Cinta is holding hand, etc. Ego instead of throwing tantrums over them, the initiative on helping them to define cinta in right ways are of the greatest concern actually.


Taburlah bunga-bunga cinta kepada insan yang halal

Suluhan pada menyempurnakan separuh agama bermula dengan mencari pasangan untuk dijadikan bakal suami dan isteri, merisik, melamar, dan seterusnya mengikat janji setia hidup bersama secara sah. Tiada siapa yang dapat menghalang sang mempelai melayari bahtera pertama mereka di malam hari. Inilah petanda mereka halal di sisi syara’.

Memegang, memimpin tangan, mengusap, mengucup dan memeluk, tiada siapa yang berhak menghalang. Gelodakan hawa nafsu yang ditahan sekian lama, dibayar tanpa bersyarat pada sentuhan halal itu. Islam tidak pernah menyisih umatnya dalam soal sosial hidup (muamalat), bahkan dari semudah sentuhan tersebut, sungguh senang untuk menghasilkan pahala ibadah.

Tidak perlu timbul keraguan perihal pasangan masing-masing yang telah dipatri;
“Apakah betul pilihan aku ini? Apakah cinta aku benar-benar kerana takwa kepada Allah Taala, atau hanya pandangan nafsu semata-mata?”

Selepas usai lafaz
‘aku terimah nikahnya’, maka dua pasangan tadi telah dibebani dengan suatu tanggungjawab yang luar biasa. Tiada lagi timbul keraguan dalam soal memberi cinta kepada sang kekasih yang telah sah menjadi pungguk dan bulan. Semua yang telah terjadi adalah takdir yang perlu disyukuri bukan mengeluh pada ketentuan-Nya. Kesempurnaan pada nilaian kaca mata disyukuri, manakala kekurangan yang ada diredhai.


Anda tahu, mungkin mustahil seseorang itu memiliki pasangan seperti apa yang diharapkan di atas tikar sejadah, pada sebuah doa seperti ini dan itu. Tapi itulah takdir anda, terima seadanya, tidak perlu lagi pening memikirkannya, lantas mengurangi moral pada tanggungjawab yang semakin bertambah. Fikirlah bagaimana pula ingin melahirkan bintang-bintang bersinar dari benih diri, menghiasi malam-malam indah.

Kita pernah melihat dengan mata kepala bagaimana banyak hubungan suami isteri berada pada ambang penceraian. Tertanya-tanya dimanakah punca, di manakah pula penawar? Kadang kala kita serabut cuba mencari di manakah puncanya, hingga lupa untuk mencari penawar.Sebenarnya persoalan kembali kepada perkara yang paling akar, tetapi itu juga seringkali terlepas pandang, tentang cinta yang bersulamkan takwa.

Benar kita ada institusi intelektual yang perlu dipertahankan, tetapi jangan juga terlupa kini semakin banyak institusi keluarga dan cinta yang menanti rebah, semuanya perlukan dos-dos ubatan. Pembentukan keluarga Islam yang bertakwa penting dalam proses menguatkan masyarakat Islam. Keluarga-keluarga kecil yang bertakwa ini bila dikumpul dapat membentuk masyarakat Islam yang pastinya bertakwa.

Mengayam cinta bertatarkan Iman

Cinta perkataan yang indah dan suci, sekiranya takwa menjadi benang dalam menyulam cinta. Falsafah cinta yang harus dipegang dalam perkahwinan;
“kita adalah tidak sempurna tetapi perkahwinan akan menyempurnakan kita”

Syaratnya ialah masing-masing perlulah ikhlas kerana ikatan perkahwinan dimulakan dengan perjanjian yang menggunakan nama-nama Allah, satu perjanjian yang sangat besar.
‘Bercinta hingga ke syurga

Amat mudah dijadikan bahan tuturan, bait-bait puisi,
tapi bagaimana pelaksanaannya?

Jika perahu kecil teroleng-oleng di tengah lautan bergelora dan pendayung tidak cekap berfikir, dan tidak berkemampuan berbuat sesuatu demi keselamatan dan kebajikan para penumpang. bagaimana halnya dengan penumpang ini? Anda sudah punya jawapan pada apa yang telah dijelaskan di atas. Tepuk dada tanya Iman.

Melakar Cinta Di Syurga

Dalam kaedah medical, menyelesaikan presenting problem itu hanya seperti mengubat simptom. Selsema akan berhenti, tetapi tiada janji selsema itu tidak akan datang kembali. Menyelesaikan real problem itu seperti mengubat penyakit sebenar atau dalam bahasa mudah punca akar segala penyakit. Ibarat selsema, ia kerana kurang daya tahan tubuh. Jadi rawatlah kurang daya tahan tubuh itu, Insyaallah dengan sendiri selsema dan simptom-simptom lain akan hilang.

Begitu juga halnya dalam bab rumahtangga. Keperluan menilai dan menampung kekurangan yang ada, adalah soal bersama. Petanda-petanda awal pada keretakan sebuah rumahtangga dapat diberi rawatan dengan segera. Isteri tidak pernah mengambil hati dengan perbuatan dan tingkah laku si suami, manakala si suami tidak pernah mengurangi pada kelemahan yang ada pada si isteri. Semak-semak yang mula ingin tumbuh tinggi , harus diracuni cepat-cepat sebelum menutup bumi.

Membincangkan hal hubungan suami isteri semestinya tidak lari dari memperkatakan tentang matlamat sebuah rumahtanga itu dibina. Setiap suami dan isteri wajib tahu tugas dan peranan masing-masing bila sahaja bergelar suami atau isteri. Benar, atas nama cinta si suami akan berusaha sedaya upaya melengkapkan rumahtangga dari semua aspek fizikal, emosi dan rohani . Dengan cara ini tiada ruang lagi buat si isteri meragui cinta si suami dan ia juga akan menjadi pemangkin kepada si isteri untuk juga melengkapkan rumahtangga menjadi sebuah rumahtangga yang cemerlang, Insyaallah.

Tanggunjawab tanpa cinta adalah beban dan derita

Dalam rumahtangga memang memerlukan dua pihak memainkan peranan untuk menjayakannya. Namun, tidak perlunya cinta sebelum akad kerana sesuatu yang suci jangan dicemari dengan sesuatu yang menyimpang dari jalan-Nya. Setiap manusia ada kelemahan. Kasih sayang ni pun ada pasang surutnya, sama seperti Iman kita. Jadi tidak salah kalau kita tegur menegur dengan cara berhikmah untuk mendamaikan dan membahagiakan rumahtangga, kena selalu muhasabah.

Bersyukurlah apabila kita mempunyai jodoh di dunia dan dikurniakan zuriat. Ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari jodoh sedangkan usia sudah menginjak tua. Hargai pasangan, bersyukur dan bersabarlah. Tidak usah timbul soal si isteri tidak puas hati dengan sang suami kerana jarang memuji kecantikan, keprihatinan anda kepadanya. Anda telah telah pun mendapat bonus di sisi Allah Taala kerana menjayakan keperluan dan kehendak suami, menjujung perintah suami tanpa syarat.

Anda kena faham tatkala suami tidak pernah mengurangi diri kalian dengan kata-kata yang menyinggung perasaan, sehingga menjejaskan sebuah bahtera yang telah siap dibina.
“Sayang, cuba check berapa kali saya tegur awak tidak cantik. Tiada bukan?”


Walaupun tidak pernah menutur ‘cantik’ pada sri wajah, namun jauh di sudut hati, si suami tidak pernah mempersoalkan kelemahan yang ada pada sang kekasihnya. Itulah sebuah kasih dan sayang dalam jaga, dari selalu menabur kata-kata manis dan cinta, namun sampai satu masa keburukan isteri dipersoalkan, seolah-seoalah kata-kata hanya manis di bibir, bukan sampai menerjah ke hati.

Pasangan suami isteri perlu bijak menghiasi rumahtangga agar sentiasa kelihatan fresh dan tidak terasa hambar dan puas dek ditelan masa. Kita sering bermadah perjalanan sebuah rumah tangga seperti perjalanan sebuah bahtera menongkah lautan luas. Kita kena faham bahtera yag sudah lama berkelana di lautan, akan kelihatan usang juga bila sudah lama berkhidmat untuk tuannya, namun bagi mereka yang ‘bijak’, mereka akan sahaja mencari jalan untuk mengindahkan bahtera usang tadi untuk kelihatan baru dan cantik.

Jika ada papan yang bocor, maka akan digantikan papan yang baru. Jika bahtera nampak kusam kerana pudar seri warna, maka dicat dan dihiasi dengan pelbagai warna yang indah. Jangan menganggap kegagalan perkahwinan adalah pengakhiran pada sebuah hubungan. Mempercayai sebuah kehidupan manusia tidak pernah sirna dari musibah, atau rasa kurang senang antara pasangan. Tingkatkan imunasi hubungan suami isteri, serta keluarga seluruhnya. Bila kita mempunyai minda sedemikian,
perkahwinan yang sudah lama terbina masih tetap terasa baru.

Terlebih malang, jangan jadikan perkahwinan tersebut pemusnah sebuah jambatan penghubung cinta si suami, isteri, dan keluarga keseluruhannya untuk terus
Melakar Cinta Di Syurga.



editor : arisha27

p/s: Persediaan yang rapi amat diperlukan bagi pembinaan sesebuah institusi kekeluargaan.. jangan berkahwin hanya kerana nafsu semata,tanpa ilmu sesebuah rumah tangga akan mudah goyah.. Berkahwinlah dalam mencari redha Allah... doakan syifa untuk ke destinasi seterusnya ya.. ^_^

~hidup dan matiku kerana Allah~


Read more...

Malu oh malu


Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh
ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai
batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal
diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah
auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita
gagal menilai apa itu HARAM apa itu
HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita
lemas dan hanyut dengan tipu daya
nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan
oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si
wanita agar bersama-sama jaga maruah
diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri
dan si wanita tentang batas-batas sosial
pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena
INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan
mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si
wanita berbuat DOSA. Selalu 
mengingatkan dengan 

kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki
MENGAJAK si wanita BERBUAT
MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa
tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si
lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH
SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah
menzalimi diri dengan meletakkan MALU
itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt
kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH
saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas
membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak
menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata
IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari fahsyar
walmungkar!!! 

p/s: dunia akhir zaman..

~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Jumaat

Bertuahnya mereka Si Bujang..

                   Assalamualaikum,rindu syifa tok pos entri bg blog n..sudah lama rasanya syifa tidak menjengah bermula daripada syifa masih study hingga konvo dan kini sudah bekerja... Sekarang..cuti sekolah pun bakal berakhir,maka kenduri-kendara juga turut sama berakhir... 

Bila melihat pasangan pengantin dikalangan sahabat-sahabat, sepupu sepapat,jiran tetangga...,akan wujud rasa cemburu dikalangan si bujang ini,manakan tidak, teringin juga untuk berpasangan... Sudah pastinya ianya perkara normal bagi manusia yang Allah berikan fitrah untuk punya pasangan hidup... sudah pula tahun demi tahun silih berganti kini dari sudah berkahwin,dikurniakan pula cahaya mata yang sangat comel si penyeri rumah tangga... Si bujang mesti akan makin sedih..seraya.si bujang pun berkata : mana dia jodoh ku ya Tuhan,..ku punya keinginan untuk punya pasangan dan juga zuriat dari keturunan ku.. Ya Allah, Engkau kurnikanlah jodoh buatku...

Terbaca syifa satu artikel daripada blog shbt yg syifa tidak pasti siapa(dikalangan blogger juga).. katanya... jangan bersedih duhai si bujang,mungkin kali ini bukan rezeki mu... InsyaAllah,setiap manusia Allah telah tetapkan siapa jodoh mereka,cuma cepat mahupun lambat.. Bertuahnya si bujang kerana Allah telah kurniakan  waktu lapang buat mereka...masih lagi mampu bangun tahajud manakala bagi yang berpasangan ada jua punya kesempatan ada juga tidak punya ruang waktu... begitu juga jika punya anak, tiap kali mahu memegang Al- Quran,ada juga si comel ini menganggu,bukan niat untuk mencela mereka,cuma sekadar merasa bertuahnya si bujang masih lagi mampu melakukan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah.. dan juga si bujang masih mampu bergerak aktif dalam gerakan berbanding yang punya pasangan.. Syifa tidak mahu menunding siapa2.. ada yang masih istiqomah dalam perjuangan..dan adajuga punya tanggungjawab yang lain...cumanya ingin menguatkan pendapat "bertuahnya si bujang"..

Alhamdulillah , Allah sanagat menjaga hamba-hambanya yang berkahwin mahu pun belum..masing-masing punya rezeki yang telah ditetapkan.. Cuma kita sebagai hamba Allah menggunakan jalan @ dunia ini sebagai bekalan dalam mencari keredhaan Allah.. Bersyukurlah sahabat walau apa jua status mu..tahniah..Allah masih sayangkan kita.... Kuat semangat k..!

Disini syifa kongsikan satu klip buat pedoman yang belum mahupun sudah berkahwin..moga dijadikan iktibar,panduan serta penambah baikan untuk akan datang.. Allah musta'an... ^_^




"KAU DITAKDIRKAN UNTUKKU"


Terucap syukurku
Aku memilihmu
Untuk menjadi teman hidup setia selamanya

Belahan hati ini
Kini telah terisi
Aku dan dirimu mengikat janji bahagia..

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurga-Mu
Pegang tanganku, tataplah mataku
Engkau ditakdirkan untukku

Ikatan suci ini
Selalu kan ku jaga
Meniti sakinah penuh kasih sayang dan rahmat-Nya

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurga-Mu
Kau amanahku isteriku tercinta
Engkau ditakdirkan untukku


P/S: sahabat syifa adajuga yang sudah berkahwin,bertunang.. ada juga yang bertunang dengan pelajaran..tahniah sahabat-sahabat..doakan juga buat syifa k! moga si putra katak sentiasa setia menanti .. 


~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...