home

Memaparkan catatan dengan label jom motivate diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jom motivate diri. Papar semua catatan

Sabtu

Malu oh malu


Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh
ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai
batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal
diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah
auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita
gagal menilai apa itu HARAM apa itu
HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita
lemas dan hanyut dengan tipu daya
nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan
oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si
wanita agar bersama-sama jaga maruah
diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri
dan si wanita tentang batas-batas sosial
pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena
INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan
mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si
wanita berbuat DOSA. Selalu 
mengingatkan dengan 

kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki
MENGAJAK si wanita BERBUAT
MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa
tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si
lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH
SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah
menzalimi diri dengan meletakkan MALU
itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt
kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH
saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas
membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak
menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata
IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari fahsyar
walmungkar!!! 

p/s: dunia akhir zaman..

~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Isnin

Solat Witir - apa kelebihannya...?

Solat Witir
Berkata Abu Hurairah RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:


أَوْصَانِي خَلِيْلِي (ص) بِثَلاَثٍ: بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَياَّمٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَي الضُّحَى وَأَنْ أُوْتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Maksudnya: Kekasihku (Nabi Muhammad) SAW telah berwasiat kepadaku dengan tiga perkara:

1) Berpuasa tiga hari pada setiap bulan (tanggal 13, 14 dan 15)
2) Mengerjakan dua rakaat Solat Dhuha
3) Bahawa aku mengerjakan Solat Witir sebelum tidur
Mengerjakan Solat Witir sebelum tidur adalah “pengikat” sebagaimana diistilahkan oleh Nabi Muhammad SAW didalam hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad:


الَّذِي لاَ يَنَامُ حَتىَّ يُوْتِرَ حَازِمٌ
Maksudnya: Orang yang tidak tidur sehingga mengerjakan Solat Witir terlebih dahulu adalah pengikat.
Keterangan: Maksud “pengikat” didalam hadith tersebut ialah pengikat antara seseorang dengan solat malam. Dengan erti kata lain sekiranya ia tidak terbangun untuk solat malam pada malam tersebut maka Solat Witir yang telah dikerjakan sebelum tidur itu menjadikannya dicatat sebagai orang yang telah mendirikan malam. Dengan itu tidak luput daripadanya solat malam pada malam tersebut.
Walaupun begitu bagi sesiapa yang terasa kuat dan mampu bangun diakhir malam maka mengerjakan Solat Witir ketika itu adalah lebih afdhal/utama. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi:
مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُوْمَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوْتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُوْمَ آخِرَهُ فَلْيُوْتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُوْدَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
Maksudnya: Barangsiapa yang takut tidak dapat bangun pada akhir malam maka berwitirlah diawal malam (sebelum tidur), dan barangsiapa yang ingin bangun pada akhir malam maka berwitirlah diakhir malam kerana sesungguhnya solat diakhir malam disaksikan (oleh malaikat), dan itu lebih afdhal. Perhatikan hadith berikut ini sebagai perbandingan, hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, al-Hakim, al-Baihaqi dari Abu Qatadah RA katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ (ص) قَالَ ِلأَبِي بَكْرٍ: مَتَى تُوْتِرُ؟ قَالَأُوْتِرُ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ , فَقَالَ لِعُمَرَ: مَتَى تُوْتِرُ؟ قَالَأَنَامُ ثُمَّ أُوْتِرُ. قَالَ: فَقَالَ ِلأَبِي بَكْرٍ: أَخَذْتَ بِالْحَزْمِ أَوْ بِالْوَثِيْقَةِ وَقَالَ لِعُمَرَ: أَخَذْتَ بِالْقُوَّةِ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW bertanya kepada Abu Bakar: “Bilakah kamu mengerjakan Solat Witir”, jawab Abu Bakar: “Aku mengerjakan Solat Witir sebelum aku tidur”. Kemudian Nabi SAW bertanya kepada Umar: “Bilakah kamu mengerjakan Solat Witir”, jawab Umar: “Aku tidur kemudian aku bangun mengerjakan Solat Witir”. Sabda Nabi SAW kepada Abu Bakar: “Kamu telah mengambil ikatan atau simpulan” dan bersabda kepada Umar: “Kamu telah mengambil kekuatan (untuk bangun malam)”.
Timbul satu persoalan bagi sesiapa yang mengerjakan Solat Witir sebelum tidur apakah perlu melakukannya sekali lagi apabila bangun pada separuh/akhir malam setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud. Jawapannya ialah tidak perlu, memadai dengan Solat Witir yang telah dikerjakan sebelum tidur itu kerana Nabi Muhammad SAW menegah dikerjakan dua kali Solat Witir dalam satu malam berdasarkan hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Khuzaimah:


لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
Maksudnya: Tidak ada dua witir dalam satu malam.

Tidak timbul soal “membatalkan” Solat Witir yang telah dilakukan sebelum tidur dengan mengenapkan solat tersebut yaitu dikerjakan solat satu rakaat setelah bangun pada separuh/akhir malam untuk Solat Tahajjud kemudian mengerjakan Solat Witir sekali lagi setelah selesai Solat Tahajjud. Tetap kekal atas Solat Witir yang dikerjakan sebelum tidur dan tidak perlu “membatalkannya” setelah bangun pada separuh/akhir malam merupakan pendapat tiga imam mazhab iatu Imam Malik, As-Syafie dan Ahmad sebagaimana yang disebut oleh Imam at-Tirmizi didalam Sunannya dibawah “Bab-bab Witir: Bab Yang Datang Bahawa Tiada Dua Witir Dalam Satu Malam”. Jika diteliti, pada hakikatnya sesiapa yang beramal dengan pendapat “membatalkan” Solat Witir sebenarnya telah mengerjakan tiga kali witir dalam satu malam:
1) Sebelum tidur,
2) Selepas bangun dari tidur untuk mengenapkannya
3) Selepas selesai dari mengerjakan Solat Tahajjud.
Oleh sebab itu Imam al-Mubaa-rakpuu-ri menyebut didalam kitabnya “Tuhfah al-Ahwazi” dalam syarah/penjelasannya kepada hadith “Tidak Ada Dua Witir Dalam Satu Malam” diatas menyatakan bahawa beliau tidak pernah menemui satu hadith marfu’ (bersumber daripada Nabi Muhammad SAW) yang soheh menunjukkan atas thabitnya “membatalkan” Solat Witir.
Kemudian mendatangi tempat tidur


p/s : rajin2 la solat witir, sunnah Nabi... ^_^.. sebelum solat witir tu solat sunat taubat 2 rakaat,moga diampunkan kita  dari segala dosa..

Astagfirullah hal 'azim...




~hidup dan matiku kerana Allah~

Read more...

Jumaat

Ampuni dosaku Ya ALLAH

Ya Allah Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau , Engkaulah yang
menjadikan aku , dan aku adalah hamba-Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu
sekemampuan-Ku, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku
kembali kepada-Mu dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Aku kembali kepada-
Mu dengan dosa, maka mapunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang bisa
mengampuni dosa kecuali Engkau....lindungi aku ya Allah...aku takut...aku kesal...Ya Allah...kali ini ku betul-betul malu kepada Engkau Ya Allah.....sangat2 malu... aku telah terjatuh dan tunduk kepada nafsu ku sendiri sehinggakan diri ini menjauhkan diri dari Engkau... Ya ALLAH,ampuni dosaku........


Ya Allah,
sesungguhnya hamba telah zalim kepada diri hamba dngan kezaliman yang banyak dan hanya Engkau yang mengampuni segala dosa. Maka ampunkanlah dosa hamba dengan keampunan di sisi Engkau dan berikanlah rahmat kepada hamba, 
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Pengasih


WALAU sesibuk mana sekalipun kita di dunia, janganlah lupa untuk turut menyibukkan diri untuk mencari bekalan di akhirat sana...sesungguhnya..dialah maha penerima taubat dan maha penyayang...



# mohon lah keampunan pada Allah..kita hanya hamba yang kerdil, dan xmampu bergerak kecuali dengan kehendakNya, xmampu berfikir kecuali dengan kebenaran.... rendah kanlah dirimu dan selalu bermuhasabah andai diri kita terdapat kesalahan atau dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak..solatlah sunat taubat 2 rakaat..moga-moga kita senantiasa dalam redhaNya..




 Allahurabbi...Allahurabbuna...

Allah... Allah...Allah....

~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Solat tiang agama....




        Alhamdulillah... bersyukur kehadrat Allah Ta'ala yang memberikan nikmat iman,islam dan nikmat masa lapang....  Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan sekeliannya...

     SubhanaAllah,walhamdulillah Allahuakhbar...Maha Suci Allah,Segala Puji Bagi Allah, Allah Maha Besar...memberikan kekuatan sehingga ke hari ini...Syifa masih dapat berbakti dan dapat meluangkan masa bersama family tersayang... Mungkin xterlewat tok syifa ucapkan salam eidul fitri maaf zahir dan batin,taqaballahuminna waminkum,,,,  ^_^

       Tetiba syifa teringin meng'update' blog syifa pabila melihat satu gambar yang mengenangkan syifa' ketika di tamrin dulu... Solat dimana2..asalkan tempat itu tidak najis walau pun tanpa beralas dan  diatas tanah yang berdebu, sangat memberi pengajaran.... "pengalaman mengajar dan membantu kita dalam kehidupan" ...


Solat itu  tiang agama.. Tiada seruan yang penting selain seruan dariNya.... Suka syifa terhadap hadis2 yang mengigatkan kepentingan serta hikmah solat :

# DARIPADA Abu Hurairah r.a prnah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia".


# Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari

# Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani 


# Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim


# Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim


Pernah dalam usrah,syifa ada menyebut kepada adik2...penghayatan dalam solat itu perlu untuk mendapatkan kekhusuyukan hati...memastikan solat kita itu kerana Allah, memastikan kita mengetahui lafaz serta makna qaul yang disebut dalam solat... beribadat kepada Allah seolah2 Allah melihat kita... Ada satu kisah...


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.... 

Kisah ini menunjukkan kepada usaha untuk mentaqarrubkan diri kita kepada Allah.. Kenapa perlu kita sombong di atas dunia,bumi yang diciptakan Allah kepada kita...padahal kita adalah milikNya.. Banyak orang tertanya2 kenapa saya susah untuk khusyuk dan susah untuk merasa kehadiran Allah bila beribadat dengaNya... dipetik dari kata-kata ustaz Azhar Idrus mengatakan bahawa 'Jangan terlalu asyik dengan dunia, sebab salah satu punca solat tidak khusyuk adalah PERHATIAN kita kepada dunia MELEBIHI perhatian kita kepada AKHIRAT..' 
Ingatlah perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah adalah solat..jika kita meninggalkan solat, akibat dari itu terdapat siksaan yang ditetapkan bukan sahaja didunia,malahan di alam kubur serta di akhirat kelak... Terdapat 15 SEKSAAN bagi mereka yang tidak solat..di dunia dan di akhirat, orang yang tidak solat..TIDAK BOLEH MENJADI WALI, dia mesti BERTAUBAT terlebih dahulu..RUH CAHAYA orang yang baik-baik tiada pada orang yang tidak solat, ULAR SUJA'UL AQRAR menanti orang tidak solat dalam KUBUR..dibangkitkan di akhirat dalam keadaaan MUKANYA HITAM dan KAKI KE ATAS, duduk di dunia dalam keadaan celaka..mati celaka dibangkitkan semula pun dalam keadaan celaka..




Nauzubillah..moga2 ia menjadi muhasabah buat diri kita , serta moga diberi perlindungan

*TIGA GOLONGAN MANUSIA DI DUNIA INI YANG DI SEBUTKAN OLEH NABI S.A.W...
-golongan yang untung
-golongan yang rugi
-golongan yang malang atau celaka


*SIAPAKAH GOLONGAN INI
-golongan untung; mereka yang amalnya lebih baik dari hari semalam
-golongan rugi, mereka yang amalnya sama tidak berbeza dengan amal yang semalam
-golongan malang & celaka; mereka yang langsung tidak berubah & tak nak berubah


~hidup dan matiku kerana Allah~

yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu kelemahan dari diri syifa sendiri, hakikatnya kedua2 dari Allah... Moga amalan kita diterima Allah.. wallahu'alam...

 
Read more...

Selasa

.::Kelebihan dan Kekurangan::.


Siapa kata doktor tak pernah sakit.
Siapa kata pakar kaunseling tak ada masalah.
Siapa kata cikgu tak pernah buat silap.
Siapa kata ustaz tak pernah buat dosa.
Siapa kata chef tak pernah masak nasi mentah.
Siapa kata profesor tak pernah kena tipu.

INGATLAH..
Semua manusia Allah beri kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Allah beri kelebihan bukan 100% diberi semua pengetahuan. 
Diberi kekurangan bukanlah sehingga ia menghinakan.
Terkadang sengaja Allah menyulitkan perkara yang kita pakar agar kita tidak perlu sombong.
Agar kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur..^_^


~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Jumaat

•♥• Ketahuilah Wahai Wanita •♥•




Wanita yang cantik kulitnya akan takut terbakar panas matahari, sedangkan wanita yang cantik akhlaknya akan takut terbakar api neraka.

Wanita yang cantik wajahnya akan berseri-seri menikmati duniawi, sedangkan wanita yang cantik hatinya akan tunduk, patuh dan takut pada Illahi.

Wanita yang cantik dirinya akan menangis jika dunia pergi darinya, sedangkan wanita yang cantik jiwanya akan tercukupi hidupnya dengan aqidahnya.

Wanita yang cantik hidupnya akan bangga dengan kemewahannya, sedangkan wanita yang cantik akhiratnya akan berpuasa dan bersedekah dengan hartanya.

Dan wanita yang cantik zamannya akan mengikuti akal, nafsu dan segala kehendaknya, sedangkan wanita yang cantik waktunya akan mencari hikmah, ilmu dan segala amal sholeh Ûñtûknya.

Lantas, termasuk dalam golongan wanita yang manakah dirimu duhai saudariku..??




p/s: jangan berbangga dengan kecantikan pada diri...ia akan hilang apabila dek usia tua, malah ia juga ibarat hanya senipis kulit, jika yang menyeliputi isi...semua insan sama sahaja..oleh itu muhasabahlah..jauhi fitnah dunia...:)

~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Sabtu

6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:





1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.


2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.

3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.

4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT



p/s: Ya Allah,jauhkan kami dari penyakit hati angkuh,takabbur ,riak ,sombong yang membuatkan kami jauh dari Engkau ya Allah,,,Ya Allah..jangan Kau bolak balikkan hati-hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah limpah rahmat dari sisiMu,sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpahkan pemberiaNya...ameen ya Rabbal Alamin..moga kita menjadi hamba yang istiqomah melakukan amalan


~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Jumaat

    Menarik kehidupan ini dengan pelbagai situasi... Kita diberi peluang oleh Allah untuk merasai kemanisan serta kepahitan dalam kehidupan... masing-masing diberi kertas putih ...dan diberi pilihan untuk mencoraknya..... indah betul ciptaan Allah... Orang beriman itu andai diberi ujian,mereka merasakan itu tarbiah diri untuk lebih kuat.. lebih kuat untuk menempuhi cabaran akan datang.. bersyukur atas setiap kejadian,walau suka dan duka... Cantikkan agenda Allah..moga kebaikan yang dilaksanakan menjadi bekalan disana kelak...insyaAllah.. ^_^

              




Indahnya hidup bersama Ilahi...


~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Rabu

Wahai Muslimahku, Tahukah dikau?






Wahai Muslimah ku tahukah dikau….

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau..

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……

InsyaAllah….




p/s: cuba merubah diri menjadi muslimah yang diredhai Allah..  Tiada ruginya menjadi wanita SOLEHAH. Bahagia menanti kita di sana. Wanita muslim itu sangat hampir dengan SYURGA


~hidup dan matiku kerana Allah~
Read more...

Isnin

eh...eh..Nak futur...?

Pernah dulu aku terfikir kenapa aku berada dijalan ini..disebabkan dahulunya aku jahil dan kurang berpengetahuan... Perkataan futur..sering meniti dibibir pejuang2 yang inginkan kebebasan dan tidak mahu ditarbiyah...sayangnya wahai jundullah yang terpilih... tapi dahulunya aku juga pernah memilih jalan untuk senyap(rehat) sebentar...lama kelamaan...benar....aku betul2 jauh dalam jalan ini..terasa malas untuk turun padang..malas nak bantu sahabat2.... sehinggalah...aku sedar dalam menyimpangnya aku..terus aku berjumpa dengan sahabat2 untuk membantu diriku....aku terlihat satu artikal dalam laman web yang ku rasakan perlu bagi mujahid dan mujahidah mengambil input2....

Futur : Segera Bangkit atau Gugur


Kes A
"Memang biasanya aku ligat tetapi sekarang ini aku tengah down-lah. Kau teruskanlah apa yang kau rasa baik untuk persatuan kita."
Kes B
"Masa belajar di luar negara dulu memang saya aktif dan sentiasa bersemangat. Keadaan sekarang berbeza. Saya ada tanggungjawab yang terlalu banyak yang mesti ditunaikan. Kerjaya saya sangat sangat demanding dan amat mencabar. Tuan doakanlah untuk saya."
Kes C
"Dialah dulunya yang mendidik saya agar jadi orang baik dan berguna kepada masyarakat. Namun kini dia tidak seperti dulu, bahkan lebih teruk apabila dia pula yang menentang apa yang perjuangkannya sebelum ini."

Futur
Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.
Kenapa Futur Bahaya?
Walaupun futur adalah fenomena yang biasa berlaku di dalam diri seseorang tetapi ia mestilah diuruskan dengan baik agar sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Di antaranya :
1 - Cuai kepada tanggungjawabnya
Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya.
2 - Gugur dari jalan kebaikan
Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia akan menjadi satu tabiat. Lama kelamaan penyakit ini menjadi sebati dan seseorang itu menjadi semakin jauh dari amal kebaikan dan dia terus tenggelam di dalam dunianya.
Apabila dia gugur dari jalan kebaikan, maka hilanglah kebaikan yang banyak darinya. Bahkan lebih teruk lagi apabila dia pula yang menentang seruan kebaikan yang pernah diperjuangkannya.

3 - Mati di dalam keadaan yang futur
Apabila futur sudah menjadi kebiasaannya, maka dia menanggung risiko besar untuk mati di dalam keadaan sedemikian. Amat kita takuti sekali jika Allah S.W.T mengambil nyawa kita sedangkan kita dalam keadaan futur, sedangkan Allah S.W.T menghisab amal seseorang berdasarkan akhir hayatnya. Di atas sebab itulah Rasulullah S.A.W mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit lemah dan malas." 
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Kenapa Boleh Futur?
Di sana, terdapat banyak pintu yang boleh membuka jalan kepada futur :
1 - Terlebih dalam pergaulan
Rasulullah S.A.W menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud;
"Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
2 - Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal
Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan.
Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.
Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
"Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3 - Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus
Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau ber-FB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk 'terbang' di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.
4 - Suka bersendirian
Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada Syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya.
Pastinya Syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjemaah dan bermasyarakat.
5 - Kurang mengingati mati
Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan Syurga, takutkan dosa dan siksa Neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al-Quran, solat Subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang akan mengingatkan kita kepada Akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.
6 - Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa
Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama-kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.
7 - Hati yang berpenyakit
Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.
8 - Permasalahan dalaman organisasi
Bermacam-macam faktor yang boleh menyebabkan konflik internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.

9 - Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya
Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka dia boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah S.W.T dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.
Mari kita renungi bersama maksud sabda Rasulullah S.A.W ini;
"Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli Syurga menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni Neraka, ada seorang hamba beramal dengan amalan ahli Neraka menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni Syurga. Sesungguhnya amal-amal itu bergantung daripada akhirnya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Akhir Kalam
Syakhsiah diadun berdikit-dikit
Tanpa gopoh dan tanpa kendur,
Andainya futur segera bangkit,
Usah dibiarkan bersembah gugur.
Salam perjuangan

Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin
P/s: Artikel yang amat berguna untuk si pejuang...agar jangan terlalu memanjakan diri....teringat satu2 kata itu hingga lah kini...'hati itu perlu kuat....jangan layan tapi kawal hati untuk menerima' tarbiyah bersifat perlu bkn mahu.... jangan pula kita menunding jari,pada ketika itu kadang-kadang Allah itu menguji hamba2nya...dia balikkan apa yang kita tunding itu kepada kita..selepas itu wujud lah kenyataan mengatakan....(diaorg tu hebat masa di kampus..alih2 senyap dari kita)..ada pula yang sanggup memberi alasan... Ingat...banyak yang faham akan tetapi buat2 xfaham....nauzubillah.... rehat dalam perjuangan sebentar boleh kata ustaz,,,tp jangan futur dijalanNya..Ya Allah jauhkanlah aku daripada jalan yang kau murkai..Amin....

Read more...