Jumaat

Rindunyer usrah....- mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah..

            Lama benar daku tidak meng'update' blog ni,maklumlah bz dengan bermacam-macam hal...exam,bahas,pgajian Malaysia,khidmat komuniti n macam-macam lagi....entah tiba-tiba hari ini terdetik untuk jari-jemariku menari menekan keyboard yang berada didepan mata....kemungkinan daku merasakan manfaat yang daku peroleh hari ini menjadi sumber penulisan ku pada kali ini...hm... aku bersama rakan-rakan ku seperti biasa menunggu diasrama...perjalanan kami diketuai oleh saudari ukhti shahida yang mana seorang yang amat cekap dalam memandu kereta....suasana riuh rendah dengan lawak-lawak yang cuba diutarakan oleh saudari ukhti latifah ber sama dengan saudari zafirah (shbt seperjuangan) manakala k.shida masih dalam pemanduan sambil menaip mesej....(huhu),k.erni pula sibuk membaca bagi persediaan usrah kami nanti...manakala aku pula....seronok menikmati alam ciptaan Tuhan....sejuk mata memandang dengan kehijauan alam serta keriuhan makhluk-makkhluk Allah menjalankan tanggungjawab mencari rezki.....Subhanallah...

           Sampai ditempat yang ditujui,terasa ketenangan yang teramat sangat .....Kami disambut oleh seorang kakak senior (x kampus) yang mana sedang mengajar maahad tahfiz itu sendiri...Kami memperkenalkan diri seorang demi seorang..sehinggalah masuk kedalam group usrah kami...hanya pelajar muslimat sahaja yang menuntut disitu,permulaan yang menarik bagi kami apabila adik-adik meraas senang dengan kehadiran kami serta usrah kami diakhiri dengan lagu tema usrah...






         Selepas itu,;kami diberi sedikit jamuan ....banyak yang bualkan tentang anak-anak usrah  tapi agak menarik perhatian ku tentang satu perbincangan iaitu mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah,

         Sebagai seorang wanita solehah dan juga ibu pastinya kita mahukan anak-anak kita berjaya di didik mengikut acuan agama islam kerana hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh agama kita sahaja mampu membawa kejayaan di dunia dan akhirat.
Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

          Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih,bersih. maka ibu bapalah yang membentuk anak itu samada mahu menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya.setiap ibubapa harus bercita-cita untuk menjadikan anak-anaknya soleh solehah. Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah. Berikut adalah tips-tips yang dianjurkan dalam mendidik anak mengikiut cara Islam:

~Ketika ibu mengadung.ia haruslah banyak beribadah,membaca quran, terutama surah-surah seperti Yusuf, Luqman, Yassin dan Mariam.

~Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan,masukkan manisan ke dalam mulutnya,masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, beri nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan.

~Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi.

~Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama "Allah". Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti.

~Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya.
~Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut.

~Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu:
1. Dengan cara melihat
2. Dengan cara mendengar
3. Dengan cara berfikir
4, Dengan cara bercakap
`Anak-anak bersifat ingin tahu dan beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah dan ceritakan juga suasana kehidupan akhirat.

~Ada 3 peringkat dalam mendidik anak
1. Peringkat bawah 7 tahun.
~ jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, bermain sesuai dengan perkembangan diri mereka..serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.
2. Peringakat 7-14 tahun
~ jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolah dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..
3. Peringkat 14 tahun ke atas
~ jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan berkongsi pendapat dengan mereka.
Mudah-mudahan dengan didikan seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah.


Cara Imam Hassan al-Banna mendidik anak2 :
1. Utamakan makan bersama.
2. Tiada suara keras di rumah.
3. Sediakan waktu untuk temani anak2.
4. Merekod maklumat peribadi anak2 secara detail (keperluan, kesihatan, perkembangan, kelemahan etc.)
5. Bawakan bekal untuk anak2 ke sekolah.
6. Memantau keperluan rumahtangga.
7. Cintai anak2 tanpa henti atau berkurang.
8. Memberi wang belanja untuk anak2.
9. Mengiring mata2 (SB) untuk memantau anak2 ketika di luar.
10. Menasihati anak secara langsung.
11. Memuliakan tetamu anak2.
12. Menghukum kesalahan anak2.
13. Mengajar anak perempuan tetang peranan wanita.
14. Merkongsi isu hal ehwal Islam dengan anak2

p/s: tangan yang menggoncang buaian boleh mengegarkan dunia....teringat nasyid kumpulan Inteam plak.. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan