Jumaat

Solat tiang agama....




        Alhamdulillah... bersyukur kehadrat Allah Ta'ala yang memberikan nikmat iman,islam dan nikmat masa lapang....  Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan sekeliannya...

     SubhanaAllah,walhamdulillah Allahuakhbar...Maha Suci Allah,Segala Puji Bagi Allah, Allah Maha Besar...memberikan kekuatan sehingga ke hari ini...Syifa masih dapat berbakti dan dapat meluangkan masa bersama family tersayang... Mungkin xterlewat tok syifa ucapkan salam eidul fitri maaf zahir dan batin,taqaballahuminna waminkum,,,,  ^_^

       Tetiba syifa teringin meng'update' blog syifa pabila melihat satu gambar yang mengenangkan syifa' ketika di tamrin dulu... Solat dimana2..asalkan tempat itu tidak najis walau pun tanpa beralas dan  diatas tanah yang berdebu, sangat memberi pengajaran.... "pengalaman mengajar dan membantu kita dalam kehidupan" ...


Solat itu  tiang agama.. Tiada seruan yang penting selain seruan dariNya.... Suka syifa terhadap hadis2 yang mengigatkan kepentingan serta hikmah solat :

# DARIPADA Abu Hurairah r.a prnah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia".


# Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari

# Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani 


# Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim


# Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim


Pernah dalam usrah,syifa ada menyebut kepada adik2...penghayatan dalam solat itu perlu untuk mendapatkan kekhusuyukan hati...memastikan solat kita itu kerana Allah, memastikan kita mengetahui lafaz serta makna qaul yang disebut dalam solat... beribadat kepada Allah seolah2 Allah melihat kita... Ada satu kisah...


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.... 

Kisah ini menunjukkan kepada usaha untuk mentaqarrubkan diri kita kepada Allah.. Kenapa perlu kita sombong di atas dunia,bumi yang diciptakan Allah kepada kita...padahal kita adalah milikNya.. Banyak orang tertanya2 kenapa saya susah untuk khusyuk dan susah untuk merasa kehadiran Allah bila beribadat dengaNya... dipetik dari kata-kata ustaz Azhar Idrus mengatakan bahawa 'Jangan terlalu asyik dengan dunia, sebab salah satu punca solat tidak khusyuk adalah PERHATIAN kita kepada dunia MELEBIHI perhatian kita kepada AKHIRAT..' 
Ingatlah perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah adalah solat..jika kita meninggalkan solat, akibat dari itu terdapat siksaan yang ditetapkan bukan sahaja didunia,malahan di alam kubur serta di akhirat kelak... Terdapat 15 SEKSAAN bagi mereka yang tidak solat..di dunia dan di akhirat, orang yang tidak solat..TIDAK BOLEH MENJADI WALI, dia mesti BERTAUBAT terlebih dahulu..RUH CAHAYA orang yang baik-baik tiada pada orang yang tidak solat, ULAR SUJA'UL AQRAR menanti orang tidak solat dalam KUBUR..dibangkitkan di akhirat dalam keadaaan MUKANYA HITAM dan KAKI KE ATAS, duduk di dunia dalam keadaan celaka..mati celaka dibangkitkan semula pun dalam keadaan celaka..




Nauzubillah..moga2 ia menjadi muhasabah buat diri kita , serta moga diberi perlindungan

*TIGA GOLONGAN MANUSIA DI DUNIA INI YANG DI SEBUTKAN OLEH NABI S.A.W...
-golongan yang untung
-golongan yang rugi
-golongan yang malang atau celaka


*SIAPAKAH GOLONGAN INI
-golongan untung; mereka yang amalnya lebih baik dari hari semalam
-golongan rugi, mereka yang amalnya sama tidak berbeza dengan amal yang semalam
-golongan malang & celaka; mereka yang langsung tidak berubah & tak nak berubah


~hidup dan matiku kerana Allah~

yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu kelemahan dari diri syifa sendiri, hakikatnya kedua2 dari Allah... Moga amalan kita diterima Allah.. wallahu'alam...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan