Selasa

Ketenangan Hati Milik Orang yang Beriman

              

           Kata orang sifat marah itu dari syaitan...Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud). Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah


dan sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah. 

               Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).

Ianya adalah antara salah satu sifat mazmumah yang perlu dikawal..

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Bagi mengelakkan kemarahan hendaklah sentiasa bersifat tenang dan pemaaf,berlapang dada dengan tidak gopoh dalam membuat tuduhan dan keputusan (berfikir sebelum bertindak), serta menjaga kemuliaan tinggi, mempunyai keazaman  dan semangat yang tinggi...


                Pemilik hati-hati yang tenang itu adalah hamba-hamba yang sering taqarrub kepadaNya...Perlu untuk mencari keredhaanNya... Seharusnya marah itu adalah mencari keredhaan Allah seperti marah apabila hukum Allah itu dipermainkan...Sesungguhnya melahirkan kemarahan itu perlu pada tempat seperti berjuang di jalan Allah.. semata-mata ,encari keredhaan Allah s.w.t. dari segi pahala dan ketinggian darjatnya.


            Mu'az bin Anas al-Juhani meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang mampu menahan marah sedangkan dia berkuasa untuk melaksanakannya, Allah s.w.t akan memanggilnya pada hari kiamat kelak di hadapan khalayak  ramai serta menyuruhnya memilih bidadari mana yang dikehendakinya." (Riwayat Ahmad)




            Diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz menulis surat kepada wakilnya, “Anda tidak (harus) menjatuhkan hukuman ke atas seseorang ketika anda marah. Tahanlah orang itu dulu dan apabila perasaan marah itu sudah tenang, maka keluarkan orang itu dan jatuhkan hukuman mengikut dosanya (kesalahannya) dan anda tidak menghukum lebih daripada lima belas kali sebat.”
Saidina Umar Al-Khattab dalam pidatonya selalu berkata, “Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang mengawal dirinya daripada kerakusan, hawa nafsu dan kemarahan.”
Abdullah al-Mubarak ketika menjawab pertanyaan supaya memberikan kesimpulan mengenai pengertian budi pekerti berkata, “Meninggalkan marah.”
Wahab bin Muhaib berkata, “Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, bodoh dan tamak.”
Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan dan situasi, kita sebagai umat Islam mestilah dapat mengawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu


Cara-cara untuk meraih sifat tenang (DR Abdul Basit Abd. Rahman)
                  Memiliki jiwa yang tenang hendaklah tidak berdendam malah mendoakannya.Seperti sejarah Rasulullah ketika mana Rasulullah dihina di Thaif sedang mana Rasulullah berdakwah tetapi mereka tidak menyahut seruan itu. Baginda sedih dan kecewa lalu membawa diri, dan baginda mendongakkan wajahnya kelangit..diringkaskan Allah menghantar malaikat penjaga gunung lalu malaikat gunung berseru,"Wahai Muhammad,perintahlah apa sahaja jika kamu mahu aku akan jatuhkan Al- Akhsyaiban ke atas mereka. : Rasulullah menjawab," Jangan ,tetapi aku mohon kepada Allah s.w.t. agar akan ada daripada kalangan anak cucu mereka nanti yang beriman dan hanya menyembah Allah s.w.t sahaja..' (Riwayat Bukhari)
             Hati yang berada dalam dada boleh dilatih supaya menjadi kuat dan gagah.Memaafkan orang lain adalah antara cara 'membasuh hati'... Maka hendaklah melatih hati kita untuk banyak memaafkan, bertolak ansur dalam beberapa hak, tidak terlalu mengikut keinginan hawa nafsu dan cuba memenuhi hati dengan kasih sayang. Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesunggguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta kamu, tetapi memandang kepada hati dan amalan kamu," (Riwayat Muslim)
Menamatkan Sebab-sebab yang Boleh membawa kepada kemarahan..,
                  Menjaga Maslahah Umum.. Rasulullah s.a.w.telah memuji cucunya al- Hasan bin Ali dengan sabdanya yang bermaksud: "Anakku ini adalah 'sayyid'(pemimpi). Mudah-mudahan Allah s.w.t menjadikannya sebab pendamaian  antara dua kumpulan muslimin (yg bertelagah)."( Riwayat Bukhari).. Sikap ini terbukti apabila beliau (Hassan) menarik diri dari jawatan khalifah menggantikan ayahandanya, Ali bin Abi Talib dan menyeahkan kepada Mua'wiyah.Semua ini semata untuk menjaga kemaslahatan umum.
          Mengigati kebaikan orang lain walaupun sedikit.. Imam Syafie telah berkata : "Orang yang merdeka itu ialah mereka yang menjaga kemesraan dan kasih sayang yg diperolehi daripada orang lain walaupun tidak lama dan menganggap dirinya murid kepada orang yang memberi faedah dan ilmu kepadanya walaupun dengan sepatah kalimah."
Rasulullah s.a.w. bersabda" Orang yang menjaga perjanjian itu ialah orang yang beriman." (Riwayat al-Tabrani)
            Tidak dapat dinafikan betapa kita mudah lupa kebaikan dan jasa seseorang terhadap kita.Hanya dengan sedikit kesilapan dan keburukan yg terjadi,segla kebaikan lain yang sebenarnya lebih banyak dan besar berbanding kesilapan itu akan terhapus dan dilupakan. Manusia mudah lupa dan ingkar nikamt yang didapatinya. Benar kata pepatah,'panas setahun akan hilang dek hujan sehari...."
Wallau'alam
p/s: sentiasa bersyukur keatas segala kurniaan Allah xkira kebaikan mahupun ujian darinya segala merupakan tarbiyah Allah untuk kita...sebelum tidur pastikan kita sudah berniat untuk memaafkan orang lain..^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan