Selasa

kakakku dirisik orang..^_^.. merisik cara Islam??

                    
        
                Persediaan demi persediaan dilakukan demi kakak... Orang yang telah merisik kakak itu satu kolej dengannya...kata orang masa di kolej mereka melalui bait muslim..hm.... pentingnya bait muslim itu kerana  bait muslim merupakan marhalah kedua selepas fardhu muslim. Justeru individu yang soleh melahirkan keluarga yang soleh.


                       Tujuannya adalah agar mengetahui kedudukan wanita tersebut. Apakah ia tergolong wanita yang subur, tidak cacat baik segi mental mahupun fizikal. 


                        tapi kata kak.fatimah syarha,hati2 apa bila merisik... Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.


Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.

Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.. Pihak ketiga hendaklah orang dapat dipercayai ataupun orang yang boleh berlaku adil agar tidak timbul fitnah di kemudian hari. 

Melalui tamrin dan musafir bersama..hm cadangan yang menarik, untuk mengenali seseorang ataupun sahabat kita, kita perlu bermusafir dgnnya selama 3 hari...barulah kita kenal siapa dia sebenarnya..

Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya

Buku tulisan Ustaz Sarip Adul, seorang pensyarah, tentang Syurga Cinta. Beliau menasihatkan agar wanita perlu tegas meletakkan syarat dan memilih calon suami. Jangan jadikan perkahwinan medan perjudian takdir.

Elakkan daripada menjadi sesetengah wanita yang sengaja memilih lelaki yang kurang baik dengan niat ingin membimbingnya selepas berkahwin. Kata beliau, wanita sebegini tidak tahu tentang tabiat lelaki.







Hukum meminang atau merisik itu adalah sunnat sebelum kita melansungkan perkahwinan. Tujuan kita meminang itu adalah untuk mendapatkan persetujuaan samaada dari sebelah wali atau sebelah pengantin perempuannya.

Didalam hal ini, Rasulullah telah bersabda: “Tidak dinikahi seorang janda kecuali sampai dia minta dan tidak dinikahi seorang gadis sampai dia mengizinkan (sesuai kemahuannya), Mereka bertanya “Ya Rasulullah, bagaimana kita mengtahui cara keizinannya? Beliau menjawab ‘Jika dia diam‘.” - au kama qal..

p/s: pilihan calon untuk suri hidup kita perlulah yang beragama.... memahami ilmu islam dan mengamalkannya,mengetahui apa itu akidah yang menjadi iktikad serta mempunyai akhlak yang baik...Pasangan yang BAIK terlalu ramai di dunia ini tetapi pasangan yang SOLEH/SOLEHAH terlalu sukar untuk ditemui dan DIMILIKI...........NO COUPLE BEFORE NIKAH.. copy paste skit yang kak fatima syarha..syukran kak..^_^.hehe













Tiada ulasan:

Catat Ulasan