Khamis

Pengisian waktuku...

Rindu rasanya menukilkan rasa yang lama dipendam hingga kini dapat ku hembur kembali sebagai kenangan..baru-baru daku ada mengikuti satu ceramah motivasi yang menpunyai satu nafas yg baru atau berbeza dengan ceramah motivasi yang lain,yang menarik perhatian ku...kurang berkata-kata,ditonjolkan melalui 'sketsa' yang sarat dengan mesej yang ingin disampaikan...terkesima kami melihat penderitaannya akibat kenakalannya pada zaman persekolahannya..seorang yang kurang upaya tapi mempunyai kebijaksanaan yang hebat dikurniakan Allah...padanya seorang yang terbaik dalam akademik tetapi tidak pada akhlaknya...sungguh menhayat hati kai yang mendengar hingga boleh dikatakan seluruh 'audiens' yg mendengar turut menitiskan air mata...tiba-tiba ,terkejut kami apabila ia hanyalah 'sketsa' yang cuba ditunjukkan oleh Ustaz tersebut hinggakan menimbulkan kemarahan sesetengah pihak..manakan tidak ditipu begitu sekali..ada yang kata...buang air mata ja...tapi bagiku ia adalah satu cara yang dapat menarik minat pendengar yang mendengar......





baru semalam daku memasuki kelas yang dianjurkan diibawah majlis perwakilan di kuin,kelas publisiti yang asalnya daku mendaftar dikelas 'executive' huhu...permintaan terhadap kelas tersebut telah pun penuh...publisiti...jikalau dilihat padanya hanyalah 'publish' kepada org ramai...tapi..jika melibatkan tajaan ,cukup susah ..manakan tidak daku bisa pergi memohon tajaan di shahab & sekitar bank Islam...pengalaman yang memberikan aku peluang bertemu dengan masyarakat...yang bermacam-macam ragam dan kerenah yang membuatkan hati ku tercari-cari saudara-saudara yang mana mahu membantu saudara-saudara yang lain...hati ini terdetik melihat orang yang bukan Islam sendiri mampu memberikan sedikit sumbangan untuk saudara di luar sana..akan tetapi saudara seislam kita sendiri sanggup memberikan alasan yang xmunasabah...bersangka baiklah...mungkin ada diantaranya yang tidak berkemampuan...berbalik kepada kelas publisiti, satu klas yang menarik tapi banyak melibatkan banyak kerja-kerja berada diluar...klu publisiti xpala....klu masuk dgn tajaan mau xpening..huhu(kataku dalam hati)huhu.







melihat kepada kesengsaraan sahabat-sahabat Malaysia yang berada dimesir..tahap keselamatan mereka merisaukan semua pihak...banyak kabar yang buruk didengari dari sana lebih dari kabar yang baik...apabila berlakunya rusuhan disana akibat ingin menjatuhkan pemerintahan kuku besi hosni mubarak,yang menyekat segala bekalan makanan untuk dihantar ke Palestin,..banyak banduan yang terlepas..amat bahaya bagi mereka untuk keluar malam..bekalan makanan pelajar Malaysia yg ada hanya mampu bertahan untuk sehari sahaja akibat kebangkitan rakyat yang menentang rejim Mubarakmalahan ribuan banduan berjaya meloloskan diri dari penjara..kejadian berkaitan dengan pelajar Malaysia dirogol dan dibunuh masih belum dapat disahkan lagi oleh kerajaan dan menimbulkan keresahan banyak pihak...
******diambil dari sahabat...statement yg latest tntg rusuhan d mesir..
--Daripada Ustaz Farhan ( Pengerusi Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ILMAM )

- Kawasan paling teruk sekarang adalah Iskandariah dan Kateraq.
- Pelajar Malaysia ditempatkan rata-rata sebanyak 10 tempat.
- Dilaporkan Lapangan Kapal Terbang Iskandariah meletup.
- Kemudian kawasan yang paling teruk sekarang adalah di Kaherah dan Alexandria dan berkemungkinan akan merebak ke tempat lain juga.
- Untuk masa sekarang,line phone mobile fon dan mobile line x dapat detect atas sebab diputuskan atau digodam di Mesir.
- Agen yang sedang update maklumat disana sekarang adalah Persatuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ).
- Keadaan pelajar Malaysia sekarang stabil cuma sumber kewangan x dapat diberikan pada mereka.
- Jumlah rakyat yang mengadakan rusuhan bukannya 1 juta tetapi 8 juta orang daripada sumber media arab dan Al-Jazeera.
- Yang paling ditakuti sekarang adalah pecah rumah oleh banduan penjara yang terlepas.
- Dilaporkan 2 biji rumah telah dipecah masuk.
- Permintaan kami bukan untuk kerajaan Malaysia menghantar pelajar-pelajar ke negara2 jiran tetapi,mohon untuk pulang terus kerana negara2 jiran juga sedang berlaku rusuhan.
- Segala laporan tentang ini x perlu dipercayai sepenuhnya dari blog2 kerana ia bukan maklumat sah dari persatuan Malaysia dan PMRAM sendiri.
- Separuh besar pelajar kita disana adalah pelajar agama dan mereka tidak dapat liputan meluas seperti pelajar-pelajar tajaan.
- Kerajaan seolah-olah memandang rendah kepada pelajar-pelajar agama.
- Apa yang diharapkan adalah KEBAJIKAN daripada kerajaan sampai dengan telus kepada semua peringkat x kira samada tajaan atau persendirian.

Daripada Ahmad Shukri Abd Razab ( Ketua Majlis Politik Nasional GAMIS )

- Pemberitahuan menghantar pesawat untuk mengambil pelajar disana agak lewat.
- Dalam menjemput pelajar-pelajar disana x perlu ada double-standard yang mengutamakan tajaan JPA atau MARA.
- Kita akan tunggu dan pantau sehingga pelajar-pelajar Malaysia semua disana selamat sampai dan kita akan mulakan gerakan.

http://www.presstv.ir/live/llnw/



 mohon mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat disana..Ya Allah sejahterakanlah mereka,selamatkanlah mereka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan