Jumaat

bulan 2 dah....



jom kita raikan maulid nabi...tinggalkan sambutan ari valentine......






lama xmenjengah ke blog n,selepas amal sanah yang dijawab didewan,menunggu sijil2 untuk di sign oleh pihak pntadbiran, perancangan banyak yang dibuat,tapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya...bila tanggungjawab sering diabaikan,kerja sering bertangguh,akibat kurangnya taqarrub dgn Allah..lupa ianya adalah amanah,taklif dari Allah...pesan seorang ustaz dari kuliah tahfiz...katanya pengisian rohani kurang,,nk bentuk usrah yg berkesan harus ada pengisian rohani,faham2 betul apa itu islam..perlu tanamkan kecintaan dalam hati,baru hati dapat hidup subur,baru senang dapat rahmat Allah...memang redha Allah itu dimana-mana...tapi pastikah kita Allah redha terhadap kita...menerima segala amalan kita....persoalan yg selalu muncul dibenak fikiran...mungkin terlalu lena dek lupa tanggungjawab terhadap ummah..


sedarnya aku melihat kalender bila masuk cuti mid sem...besday kawan..pogem itu dan ini,abah nk masuk hospital lg,amal sanah lps cuti,tertangkap aku melihat tarikh keramat bagi orang-orang sering meraikannya...
Bulan februari.... Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. 

keinginan untuk ikut-ikutan memang ada dalam diri manusia,akan tetapi hal tersebut menjadi tercela dalam Islam apabila orang yang diikuti berbeza dengan kita dari segi keyakinan dan pemikirannya.Apalagi bila mengikuti dalam perkara akidah,ibadah,syi'ar dan kebiasaan.Padahal Rasulullah S.A.W. telah melarang untuk mengikuti tatacara peribadatan selain Islam : ' Barangsiapa meniru suatu kaum,maka ia termasuk daripada kaum tersebut.'.(HR: At-Tirmizi)

merayakannya bermaksud mengenang kembali Valentine  maka tidak disangsikan lagi bahwa ia telah kafir..walau pn xbermaksud begitu,tapi dia telah melakuakn satu kemungkaran yang besar...Ibnu Qayyim berkata,'Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus bagi mrk,telah disepakati bahawa perbuatan tersebut adalah haram.seperti memberi selamat pada hari raya,dan puasa ,mereka,debgan mengucapakan,'Selamat harai Raya' dan semisalnya... Bagi yang mengucapnya ,kalaupn tidak sampai kepada kekafiran,paling tidak itu merupakan perbuatan  haram yang beerti ia telah memberi selamat atas perbuatan tersebut lebih besar dosanya disisi Allah dan lebih dimurkai daripada memberi selamat atas perbuatan minum khamar atau membunuh...

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"jika mengandung,sanggup pula menjadi pembunuh...sanggup membunuh hamba Allah yang tidak bersalah..dan perbuatan ini lebih terkutuk dari haiwan...


Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Alhamdulillah,kita mempunyai pengganti yang jauh lebih baik dari semua itu sehingga kita tidak perlu meniru dan menyerupai mereka.Diantaranya kita boleh mempersembahkan ketulusan dan cinta itu kepada ibu,ayah,saudara,suami dari waktu ke waktu tapi hal itu tidak kita lakukan khusus pada saat yang dirayakan oleh orang-orang kafir.

Semoga Allah sentiasa menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaan dan kasih sayang yang tulus,yang menjadi n jambatan untuk masuk ke dalam syurga  yang hamparannya seluas langit  dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang disebutkan:
"kecintaanKu adalah mereka yang saling mencintai kerana Aku,yang saling mengunjungi kerana Aku,dan yang saling berkorban kerana Aku".(al-Hadith)

Cinta bukanlah murah dan lumrah yang mudah ditutur dan ia suci jika manusia dapat menilai kesuciaannya dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang paling indah...



tertarik aku dengan satu artikel  ....






Indah Tercipta
Di
forward oleh Ikhwan Al-Muslimin

Ketika Aku menciptakan seorang
wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.



Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.
Setiap Wanita itu Cantik.

Wanita Cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang 

wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.



7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan 

Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.




11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.


14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan

 satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa

 syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.
Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail. 


Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? 

Yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.

Nastagfirullah Zunubana Ya Allah !










Warkah Cinta Buat Rasulullah

Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad....

Menemui kekasih yang dirindui, Ya Rasullullah. Aku menulis dalam keadaan hiba. Aku menulis dalam keadaan tak pasti adakah tulisan ini sesuai untuk Mu. Engkau kekasih Allah. Bimbang kalimah ini mengundang rasa tidak patut pada Mu. Tetapi aku tetap ingin berbicara denganMu. Biarlah sekejap ini dapat memadam rasa hiba dan mengurang perasaan rindu. Tapi tidak semudah itu, rindu ini tidak akan berkurang walau dengan apa cara sekalipun. Bahkan semakin bertambah perasaan ini. Sehinggalah dapat bertemu dengan Mu wahai Kekasih yang dirindui.

Kekasih yang dirindui,
Sore ini aku sedang mengembalikan ingatan lama, bilakah saat pertama aku mengenaliMu. Ku berkira-kira aku kenaliMu dengan sebuah lagu indah yang Ummi ajar semasa kecil itu. Mungkin umurku 4 atau 5 tahun. Belum bersekolah. Belum pandai berfikir. Entah-entah aku masih belum mumayyiz lagi. Tapi Ya Rasulullah aku ingat akan lagu itu sehinggalah sekarang. Lagu "Anak Nabi Kita" ku hafal dan sebut-sebutkan. Melalui lagu itu kau ketahui kamu mempunyai tujuh orang anak. Tiga lelaki dan empat perempuan. Kassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalsum dan Siti Rokiah.

Tahukah wahai Kekasih, saat aku menyanyi lagu ini aku akan menguatkan suara diakhir nama anakMu iaitu Siti Rokiah. Kenapakah Rasulullah? Kerana nama anak perempuanMu itu sama dengan nama ummiku, Siti Rokiah. Aku berbangga menyanyinya di dalam kelas semasa aku di PASTI. Kemudian aku hebohkan juga nama itu kepada rakan-rakanku semasa di darjah satu. Seronoknya Ya Rasulullah apabila nama ummiku disebut-sebut. Lebih berbangga kerana nama itu juga adalah nama anak perempuanMu Ya Rasulullah. Mungkin Kamu begitu menyayanginya sebagaimana sayangnya ummiku kepada aku. Tapi sayang seorang Kekasih Allah lebih hebat dari sayang seorang insan biasa.

Wahai Rasulullah,

Kini semasa aku besar, barulah aku ketahui bahawa anak-anakMu yang tujuh itu semua meninggal semasa kecil kecualilah Fatimah Az-Zahra. Saat aku membaca kisah kematian anakMu itu di dalam catatan hadis, aku tidak segan untuk menangis. Apatah lagi apabila diceritakan janggutMu basah dengan air mata kesedihan disaat menguruskan jenazah anakanda yang tercinta itu. Tak dapat ku bayangkan betapa sedihnya Ya Rasulullah saat getir Kamu berdepan dengan situasi itu. Bagaimana Kamu begitu tabah menghadapi perancangan Allah itu.

SabarMu Ya Rasulullah benar membuatkan umatMu begitu menyayangiMu. UmmatMu ini begitu amat ingin bertemu denganMu. Kangan melihat wajahMu Ya Rasulullah. Besarnya jiwaMu Ya Rasulullah.

Ya Rasulllah, pernah pada suatu hari ada majlis ilmu khusus berbicara tentangMU. Aku mengambil tempat sebagai peserta. Pada sesi soal jawab aku bertanya tentang anak-anakMu itu kepada ustaz yang berceramah. Aku bertanya "Apakah hikmah Allah mengambil nyawa anak-anak Rasulullah semasa kecil?" Tahukah Rasulullah jawapan daripada ustaz membuatkan aku bertahmid memuji kebijaksanaan Allah mengatur perjalanan hidupMu sebagai kekasihnya.

Ya Rasulullah, kematian anakMu sebenarnya menutup lubang fitnah yag bakal dilemparkan oleh kaum kafir dan munafiq yang membenci risalah dakwahMu ini. Mereka tidak akan mampu untuk menuduhMu sebagai berkepentingan keluarga dalam perjuangan dakwahMu. Mereka tidak lagi mampu untuk berkata bahawa anak-anakMu bakal mewarisi perjuanganMu itu. Allahuakbar!! Besarnya hikmah Allah mengambil nyawa anak-anakMu itu.

Ya Rasulullah,
Aku ingin berbicara denganMu tentang kisah-kisah perjuanganMU dalam menegakkan kalimah Allah. Aku ingin berkongsi suka, duka, airmata dan luka yang Rasulullah alami sepanjang 23 tahun taklifatMu sebagai Rasul. Tak tegar aku melihat betapa susahnya kamu berjuang di medan dakwah ini. Tak sanggup aku mendengar celaan kaum musyrikin menghina perjuanganMu Ya Rasulullah. Pedih perasaanku mendegar diriMu luka dilempar batu semasa berdakwah di Taif. Aku ingin berbicara kisah yang aku tahu ini kepadaMU. Aku ingin melafaz rindu ini kepada Mu. Bahwa aku sangat mencintaiMU.

Ya Rasulullah,

Bumi Madinah ingin sekaliku jejak. Melewati medan syuhada dan perjuanganMu di sana. Moga Allah memberi rezeki untuk itu.

Allahuakbar, lewat senja ini aku menulis untukMU, cukuplah setakat ini dahulu. Akanku panjangkan warkah rindu dan cinta ini pada massa-masa akan datang. Ku kirim rindu ummat ini kepada Mu Ya Rasulullah.


Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan