Alhamdulillah... bersyukur kehadrat Allah Ta'ala yang memberikan nikmat iman,islam dan nikmat masa lapang.... Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan sekeliannya...
SubhanaAllah,walhamdulillah Allahuakhbar...Maha Suci Allah,Segala Puji Bagi Allah, Allah Maha Besar...memberikan kekuatan sehingga ke hari ini...Syifa masih dapat berbakti dan dapat meluangkan masa bersama family tersayang... Mungkin xterlewat tok syifa ucapkan salam eidul fitri maaf zahir dan batin,taqaballahuminna waminkum,,,, ^_^
Tetiba syifa teringin meng'update' blog syifa pabila melihat satu gambar yang mengenangkan syifa' ketika di tamrin dulu... Solat dimana2..asalkan tempat itu tidak najis walau pun tanpa beralas dan diatas tanah yang berdebu, sangat memberi pengajaran.... "pengalaman mengajar dan membantu kita dalam kehidupan" ...
Solat itu tiang agama.. Tiada seruan yang penting selain seruan dariNya.... Suka syifa terhadap hadis2 yang mengigatkan kepentingan serta hikmah solat :
# DARIPADA Abu Hurairah r.a prnah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia".
# Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari
# Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani
# Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim
# Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim
Pernah dalam usrah,syifa ada menyebut kepada adik2...penghayatan dalam solat itu perlu untuk mendapatkan kekhusuyukan hati...memastikan solat kita itu kerana Allah, memastikan kita mengetahui lafaz serta makna qaul yang disebut dalam solat... beribadat kepada Allah seolah2 Allah melihat kita... Ada satu kisah...
|
Nauzubillah..moga2 ia menjadi muhasabah buat diri kita , serta moga diberi perlindungan
*TIGA GOLONGAN MANUSIA DI DUNIA INI YANG DI SEBUTKAN OLEH NABI S.A.W...
-golongan yang untung
-golongan yang rugi
-golongan yang malang atau celaka
*SIAPAKAH GOLONGAN INI
-golongan untung; mereka yang amalnya lebih baik dari hari semalam
-golongan rugi, mereka yang amalnya sama tidak berbeza dengan amal yang semalam
-golongan malang & celaka; mereka yang langsung tidak berubah & tak nak berubah
~hidup dan matiku kerana Allah~
yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu kelemahan dari diri syifa sendiri, hakikatnya kedua2 dari Allah... Moga amalan kita diterima Allah.. wallahu'alam...
Read more...