Isnin

eh...eh..Nak futur...?

Pernah dulu aku terfikir kenapa aku berada dijalan ini..disebabkan dahulunya aku jahil dan kurang berpengetahuan... Perkataan futur..sering meniti dibibir pejuang2 yang inginkan kebebasan dan tidak mahu ditarbiyah...sayangnya wahai jundullah yang terpilih... tapi dahulunya aku juga pernah memilih jalan untuk senyap(rehat) sebentar...lama kelamaan...benar....aku betul2 jauh dalam jalan ini..terasa malas untuk turun padang..malas nak bantu sahabat2.... sehinggalah...aku sedar dalam menyimpangnya aku..terus aku berjumpa dengan sahabat2 untuk membantu diriku....aku terlihat satu artikal dalam laman web yang ku rasakan perlu bagi mujahid dan mujahidah mengambil input2....

Futur : Segera Bangkit atau Gugur


Kes A
"Memang biasanya aku ligat tetapi sekarang ini aku tengah down-lah. Kau teruskanlah apa yang kau rasa baik untuk persatuan kita."
Kes B
"Masa belajar di luar negara dulu memang saya aktif dan sentiasa bersemangat. Keadaan sekarang berbeza. Saya ada tanggungjawab yang terlalu banyak yang mesti ditunaikan. Kerjaya saya sangat sangat demanding dan amat mencabar. Tuan doakanlah untuk saya."
Kes C
"Dialah dulunya yang mendidik saya agar jadi orang baik dan berguna kepada masyarakat. Namun kini dia tidak seperti dulu, bahkan lebih teruk apabila dia pula yang menentang apa yang perjuangkannya sebelum ini."

Futur
Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.
Kenapa Futur Bahaya?
Walaupun futur adalah fenomena yang biasa berlaku di dalam diri seseorang tetapi ia mestilah diuruskan dengan baik agar sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Di antaranya :
1 - Cuai kepada tanggungjawabnya
Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya.
2 - Gugur dari jalan kebaikan
Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia akan menjadi satu tabiat. Lama kelamaan penyakit ini menjadi sebati dan seseorang itu menjadi semakin jauh dari amal kebaikan dan dia terus tenggelam di dalam dunianya.
Apabila dia gugur dari jalan kebaikan, maka hilanglah kebaikan yang banyak darinya. Bahkan lebih teruk lagi apabila dia pula yang menentang seruan kebaikan yang pernah diperjuangkannya.

3 - Mati di dalam keadaan yang futur
Apabila futur sudah menjadi kebiasaannya, maka dia menanggung risiko besar untuk mati di dalam keadaan sedemikian. Amat kita takuti sekali jika Allah S.W.T mengambil nyawa kita sedangkan kita dalam keadaan futur, sedangkan Allah S.W.T menghisab amal seseorang berdasarkan akhir hayatnya. Di atas sebab itulah Rasulullah S.A.W mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit lemah dan malas." 
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Kenapa Boleh Futur?
Di sana, terdapat banyak pintu yang boleh membuka jalan kepada futur :
1 - Terlebih dalam pergaulan
Rasulullah S.A.W menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud;
"Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
2 - Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal
Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan.
Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.
Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
"Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3 - Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus
Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau ber-FB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk 'terbang' di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.
4 - Suka bersendirian
Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada Syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya.
Pastinya Syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjemaah dan bermasyarakat.
5 - Kurang mengingati mati
Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan Syurga, takutkan dosa dan siksa Neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al-Quran, solat Subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang akan mengingatkan kita kepada Akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.
6 - Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa
Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama-kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.
7 - Hati yang berpenyakit
Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.
8 - Permasalahan dalaman organisasi
Bermacam-macam faktor yang boleh menyebabkan konflik internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.

9 - Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya
Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka dia boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah S.W.T dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.
Mari kita renungi bersama maksud sabda Rasulullah S.A.W ini;
"Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli Syurga menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni Neraka, ada seorang hamba beramal dengan amalan ahli Neraka menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni Syurga. Sesungguhnya amal-amal itu bergantung daripada akhirnya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Akhir Kalam
Syakhsiah diadun berdikit-dikit
Tanpa gopoh dan tanpa kendur,
Andainya futur segera bangkit,
Usah dibiarkan bersembah gugur.
Salam perjuangan

Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin
P/s: Artikel yang amat berguna untuk si pejuang...agar jangan terlalu memanjakan diri....teringat satu2 kata itu hingga lah kini...'hati itu perlu kuat....jangan layan tapi kawal hati untuk menerima' tarbiyah bersifat perlu bkn mahu.... jangan pula kita menunding jari,pada ketika itu kadang-kadang Allah itu menguji hamba2nya...dia balikkan apa yang kita tunding itu kepada kita..selepas itu wujud lah kenyataan mengatakan....(diaorg tu hebat masa di kampus..alih2 senyap dari kita)..ada pula yang sanggup memberi alasan... Ingat...banyak yang faham akan tetapi buat2 xfaham....nauzubillah.... rehat dalam perjuangan sebentar boleh kata ustaz,,,tp jangan futur dijalanNya..Ya Allah jauhkanlah aku daripada jalan yang kau murkai..Amin....

Read more...

Khamis

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

          Wah seronoknya..dah nak melangkah ke tahun baru..Moga-moga segala dosa-dosa kita yang lalu diampunkanNya..Dan diharapkan amalan kita bertambah baik dan berakhlak mulia dari yang sebelumnya... Amin..
   
  Doa Akhir Tahun Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib


               Manakala Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib


p/s: harapan untuk bina kembali semangat dan azam baru serta bermanfaat kepada orang lain... moga perjuangan ku mendapat redhaNya...Ya Allah..kuatkan aku menempuhi mehnah dan ujian yang berikan..Amin..^_^


Read more...

Rabu

5 perkara yang elok disebut....

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu: 
  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 
  • Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
  • Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut ur usan dunia
  • .Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
  • Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
  •  Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
  • Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.  
  • Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
  • Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

p/s: semoga menjadi panduan & teladan pada diri kita...... ^_^

Read more...

Selasa

Ketenangan Hati Milik Orang yang Beriman

              

           Kata orang sifat marah itu dari syaitan...Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud). Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah


dan sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah. 

               Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).

Ianya adalah antara salah satu sifat mazmumah yang perlu dikawal..

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Bagi mengelakkan kemarahan hendaklah sentiasa bersifat tenang dan pemaaf,berlapang dada dengan tidak gopoh dalam membuat tuduhan dan keputusan (berfikir sebelum bertindak), serta menjaga kemuliaan tinggi, mempunyai keazaman  dan semangat yang tinggi...


                Pemilik hati-hati yang tenang itu adalah hamba-hamba yang sering taqarrub kepadaNya...Perlu untuk mencari keredhaanNya... Seharusnya marah itu adalah mencari keredhaan Allah seperti marah apabila hukum Allah itu dipermainkan...Sesungguhnya melahirkan kemarahan itu perlu pada tempat seperti berjuang di jalan Allah.. semata-mata ,encari keredhaan Allah s.w.t. dari segi pahala dan ketinggian darjatnya.


            Mu'az bin Anas al-Juhani meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang mampu menahan marah sedangkan dia berkuasa untuk melaksanakannya, Allah s.w.t akan memanggilnya pada hari kiamat kelak di hadapan khalayak  ramai serta menyuruhnya memilih bidadari mana yang dikehendakinya." (Riwayat Ahmad)




            Diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz menulis surat kepada wakilnya, “Anda tidak (harus) menjatuhkan hukuman ke atas seseorang ketika anda marah. Tahanlah orang itu dulu dan apabila perasaan marah itu sudah tenang, maka keluarkan orang itu dan jatuhkan hukuman mengikut dosanya (kesalahannya) dan anda tidak menghukum lebih daripada lima belas kali sebat.”
Saidina Umar Al-Khattab dalam pidatonya selalu berkata, “Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang mengawal dirinya daripada kerakusan, hawa nafsu dan kemarahan.”
Abdullah al-Mubarak ketika menjawab pertanyaan supaya memberikan kesimpulan mengenai pengertian budi pekerti berkata, “Meninggalkan marah.”
Wahab bin Muhaib berkata, “Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, bodoh dan tamak.”
Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan dan situasi, kita sebagai umat Islam mestilah dapat mengawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu


Cara-cara untuk meraih sifat tenang (DR Abdul Basit Abd. Rahman)
                  Memiliki jiwa yang tenang hendaklah tidak berdendam malah mendoakannya.Seperti sejarah Rasulullah ketika mana Rasulullah dihina di Thaif sedang mana Rasulullah berdakwah tetapi mereka tidak menyahut seruan itu. Baginda sedih dan kecewa lalu membawa diri, dan baginda mendongakkan wajahnya kelangit..diringkaskan Allah menghantar malaikat penjaga gunung lalu malaikat gunung berseru,"Wahai Muhammad,perintahlah apa sahaja jika kamu mahu aku akan jatuhkan Al- Akhsyaiban ke atas mereka. : Rasulullah menjawab," Jangan ,tetapi aku mohon kepada Allah s.w.t. agar akan ada daripada kalangan anak cucu mereka nanti yang beriman dan hanya menyembah Allah s.w.t sahaja..' (Riwayat Bukhari)
             Hati yang berada dalam dada boleh dilatih supaya menjadi kuat dan gagah.Memaafkan orang lain adalah antara cara 'membasuh hati'... Maka hendaklah melatih hati kita untuk banyak memaafkan, bertolak ansur dalam beberapa hak, tidak terlalu mengikut keinginan hawa nafsu dan cuba memenuhi hati dengan kasih sayang. Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesunggguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta kamu, tetapi memandang kepada hati dan amalan kamu," (Riwayat Muslim)
Menamatkan Sebab-sebab yang Boleh membawa kepada kemarahan..,
                  Menjaga Maslahah Umum.. Rasulullah s.a.w.telah memuji cucunya al- Hasan bin Ali dengan sabdanya yang bermaksud: "Anakku ini adalah 'sayyid'(pemimpi). Mudah-mudahan Allah s.w.t menjadikannya sebab pendamaian  antara dua kumpulan muslimin (yg bertelagah)."( Riwayat Bukhari).. Sikap ini terbukti apabila beliau (Hassan) menarik diri dari jawatan khalifah menggantikan ayahandanya, Ali bin Abi Talib dan menyeahkan kepada Mua'wiyah.Semua ini semata untuk menjaga kemaslahatan umum.
          Mengigati kebaikan orang lain walaupun sedikit.. Imam Syafie telah berkata : "Orang yang merdeka itu ialah mereka yang menjaga kemesraan dan kasih sayang yg diperolehi daripada orang lain walaupun tidak lama dan menganggap dirinya murid kepada orang yang memberi faedah dan ilmu kepadanya walaupun dengan sepatah kalimah."
Rasulullah s.a.w. bersabda" Orang yang menjaga perjanjian itu ialah orang yang beriman." (Riwayat al-Tabrani)
            Tidak dapat dinafikan betapa kita mudah lupa kebaikan dan jasa seseorang terhadap kita.Hanya dengan sedikit kesilapan dan keburukan yg terjadi,segla kebaikan lain yang sebenarnya lebih banyak dan besar berbanding kesilapan itu akan terhapus dan dilupakan. Manusia mudah lupa dan ingkar nikamt yang didapatinya. Benar kata pepatah,'panas setahun akan hilang dek hujan sehari...."
Wallau'alam
p/s: sentiasa bersyukur keatas segala kurniaan Allah xkira kebaikan mahupun ujian darinya segala merupakan tarbiyah Allah untuk kita...sebelum tidur pastikan kita sudah berniat untuk memaafkan orang lain..^_^


Read more...

kakakku dirisik orang..^_^.. merisik cara Islam??

                    
        
                Persediaan demi persediaan dilakukan demi kakak... Orang yang telah merisik kakak itu satu kolej dengannya...kata orang masa di kolej mereka melalui bait muslim..hm.... pentingnya bait muslim itu kerana  bait muslim merupakan marhalah kedua selepas fardhu muslim. Justeru individu yang soleh melahirkan keluarga yang soleh.


                       Tujuannya adalah agar mengetahui kedudukan wanita tersebut. Apakah ia tergolong wanita yang subur, tidak cacat baik segi mental mahupun fizikal. 


                        tapi kata kak.fatimah syarha,hati2 apa bila merisik... Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.


Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.

Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.. Pihak ketiga hendaklah orang dapat dipercayai ataupun orang yang boleh berlaku adil agar tidak timbul fitnah di kemudian hari. 

Melalui tamrin dan musafir bersama..hm cadangan yang menarik, untuk mengenali seseorang ataupun sahabat kita, kita perlu bermusafir dgnnya selama 3 hari...barulah kita kenal siapa dia sebenarnya..

Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya

Buku tulisan Ustaz Sarip Adul, seorang pensyarah, tentang Syurga Cinta. Beliau menasihatkan agar wanita perlu tegas meletakkan syarat dan memilih calon suami. Jangan jadikan perkahwinan medan perjudian takdir.

Elakkan daripada menjadi sesetengah wanita yang sengaja memilih lelaki yang kurang baik dengan niat ingin membimbingnya selepas berkahwin. Kata beliau, wanita sebegini tidak tahu tentang tabiat lelaki.







Hukum meminang atau merisik itu adalah sunnat sebelum kita melansungkan perkahwinan. Tujuan kita meminang itu adalah untuk mendapatkan persetujuaan samaada dari sebelah wali atau sebelah pengantin perempuannya.

Didalam hal ini, Rasulullah telah bersabda: “Tidak dinikahi seorang janda kecuali sampai dia minta dan tidak dinikahi seorang gadis sampai dia mengizinkan (sesuai kemahuannya), Mereka bertanya “Ya Rasulullah, bagaimana kita mengtahui cara keizinannya? Beliau menjawab ‘Jika dia diam‘.” - au kama qal..

p/s: pilihan calon untuk suri hidup kita perlulah yang beragama.... memahami ilmu islam dan mengamalkannya,mengetahui apa itu akidah yang menjadi iktikad serta mempunyai akhlak yang baik...Pasangan yang BAIK terlalu ramai di dunia ini tetapi pasangan yang SOLEH/SOLEHAH terlalu sukar untuk ditemui dan DIMILIKI...........NO COUPLE BEFORE NIKAH.. copy paste skit yang kak fatima syarha..syukran kak..^_^.hehe














Read more...