Jumaat

Rindunyer usrah....- mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah..

            Lama benar daku tidak meng'update' blog ni,maklumlah bz dengan bermacam-macam hal...exam,bahas,pgajian Malaysia,khidmat komuniti n macam-macam lagi....entah tiba-tiba hari ini terdetik untuk jari-jemariku menari menekan keyboard yang berada didepan mata....kemungkinan daku merasakan manfaat yang daku peroleh hari ini menjadi sumber penulisan ku pada kali ini...hm... aku bersama rakan-rakan ku seperti biasa menunggu diasrama...perjalanan kami diketuai oleh saudari ukhti shahida yang mana seorang yang amat cekap dalam memandu kereta....suasana riuh rendah dengan lawak-lawak yang cuba diutarakan oleh saudari ukhti latifah ber sama dengan saudari zafirah (shbt seperjuangan) manakala k.shida masih dalam pemanduan sambil menaip mesej....(huhu),k.erni pula sibuk membaca bagi persediaan usrah kami nanti...manakala aku pula....seronok menikmati alam ciptaan Tuhan....sejuk mata memandang dengan kehijauan alam serta keriuhan makhluk-makkhluk Allah menjalankan tanggungjawab mencari rezki.....Subhanallah...

           Sampai ditempat yang ditujui,terasa ketenangan yang teramat sangat .....Kami disambut oleh seorang kakak senior (x kampus) yang mana sedang mengajar maahad tahfiz itu sendiri...Kami memperkenalkan diri seorang demi seorang..sehinggalah masuk kedalam group usrah kami...hanya pelajar muslimat sahaja yang menuntut disitu,permulaan yang menarik bagi kami apabila adik-adik meraas senang dengan kehadiran kami serta usrah kami diakhiri dengan lagu tema usrah...





         Selepas itu,;kami diberi sedikit jamuan ....banyak yang bualkan tentang anak-anak usrah  tapi agak menarik perhatian ku tentang satu perbincangan iaitu mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah,

         Sebagai seorang wanita solehah dan juga ibu pastinya kita mahukan anak-anak kita berjaya di didik mengikut acuan agama islam kerana hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh agama kita sahaja mampu membawa kejayaan di dunia dan akhirat.
Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

          Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih,bersih. maka ibu bapalah yang membentuk anak itu samada mahu menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya.setiap ibubapa harus bercita-cita untuk menjadikan anak-anaknya soleh solehah. Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah. Berikut adalah tips-tips yang dianjurkan dalam mendidik anak mengikiut cara Islam:

~Ketika ibu mengadung.ia haruslah banyak beribadah,membaca quran, terutama surah-surah seperti Yusuf, Luqman, Yassin dan Mariam.

~Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan,masukkan manisan ke dalam mulutnya,masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, beri nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan.

~Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi.

~Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama "Allah". Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti.

~Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya.
~Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut.

~Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu:
1. Dengan cara melihat
2. Dengan cara mendengar
3. Dengan cara berfikir
4, Dengan cara bercakap
`Anak-anak bersifat ingin tahu dan beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah dan ceritakan juga suasana kehidupan akhirat.

~Ada 3 peringkat dalam mendidik anak
1. Peringkat bawah 7 tahun.
~ jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, bermain sesuai dengan perkembangan diri mereka..serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.
2. Peringakat 7-14 tahun
~ jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolah dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..
3. Peringkat 14 tahun ke atas
~ jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan berkongsi pendapat dengan mereka.
Mudah-mudahan dengan didikan seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah.


Cara Imam Hassan al-Banna mendidik anak2 :
1. Utamakan makan bersama.
2. Tiada suara keras di rumah.
3. Sediakan waktu untuk temani anak2.
4. Merekod maklumat peribadi anak2 secara detail (keperluan, kesihatan, perkembangan, kelemahan etc.)
5. Bawakan bekal untuk anak2 ke sekolah.
6. Memantau keperluan rumahtangga.
7. Cintai anak2 tanpa henti atau berkurang.
8. Memberi wang belanja untuk anak2.
9. Mengiring mata2 (SB) untuk memantau anak2 ketika di luar.
10. Menasihati anak secara langsung.
11. Memuliakan tetamu anak2.
12. Menghukum kesalahan anak2.
13. Mengajar anak perempuan tetang peranan wanita.
14. Merkongsi isu hal ehwal Islam dengan anak2

p/s: tangan yang menggoncang buaian boleh mengegarkan dunia....teringat nasyid kumpulan Inteam plak.. ^_^
Read more...

Rabu

KEUTAMAAN JIHAD



فليقاتل فى سبيل الله الذين يشرون الحيوة الدنيا بالأخرة ومن يقاتل فى سبيل الله فيقتل أو يغلب فسوف نؤتيه أجرا عظيما

Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) Yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa Yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau... beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala Yang besar.

1) Abu Said meriwayatkan daripada RasuluLlah SAW beliau bersabda:
من رضى بالله ربّا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيّا وجبت له الجنة

Maksudnya: Barangsiapa yang redha Allah sebagai tuhannya, islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai rasulnya maka wajib baginya masuk syurga.

Mendengar ucapan tersebut, takjublah Abu Said lalu beliau berkata “Ulangilah ucapan tersebut padaku Ya RasuluLlah.” Nabi SAW mengulangi ucapan tersebut kepadanya. Kemudian beliau bersabda :
وأخرى يرفع بها العبد مائة درجة فى الجنة ما بين كل درجتين كما بين السماء والأرض

Maksudnya: Dan ada amalan lain, Allah akan meninggikan bagi seorang hamba dengan seratus darjat tingkatan di dalam jannah. Jarak diantara dua darjat tingkatan tersebut sebagaimana jarak antara langit dan bumi.

Abu Said bertanya “Apa itu wahai RasuluLlah?”. Nabi SAW menjawab :
الجهاد فى سبيل الله , الجهاد فى سبيل الله , الجهاد فى سبيل الله

Maksudnya: Berjihad pada jalan Allah, berjihad pada jalan Allah , berjihad pada jalan Allah[1]

2) Disebut didalam shoheh Bukhari, hadith yang ke 2787.Nabi SAW telah bersabda :
مثل المجاهد فى سبيل الله كمثل الصائم القائم القانت بأيات الله لا يفتر من صيام ولا صلاة حتى يرجع المجاهد فى سبيل الله تعالى

Maksudnya: Perumpamaan orang yang berjuang dijalan Allah seperti orang yang berpuasa, berdiri solat dan membaca ayat-ayat Allah. Dia tidak berhenti dari puasa atau solatnya sehingga orang itu kembli dari perang.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani berkata didalam Fathul Bari : RasuluLlah SAW menyamakan keadaan orang yang berpuasa dan solat (terus menerus) dengan keadaan seorang mujahid dalam memperolehi pahala dalam setiap gerak dan diamnya. Kerana yang dimaksudkan dengan seorang yang berpuasa dan solat adalah yang tidak pernah berhenti beribadah sesaat pun, maka pahalanya akan terus mengalir. Begitu pula keadaan seorang mujahid, tidak sesaat pun dari waktunya melainkan Allah SWT memberikan pahala kepadanya.


KEUTAMAAN KELUAR UNTUK BERJIHAD
DI JALAN ALLAH


Sabda Nabi SAW :

تضمّن الله لمن خرج فى سبيله لا يخرجه إلا جهادا فى سبيلي وإيمانا بي وتصديقا برسلي (فهو عليّ ضامن) أن أدخله الجنة أو أرجعه إلى مسكنه الذي خرج منه نائلا ما نال من أجر أو غنيمة

Maksudnya: Allah telah menjamin bagi seseorang yang telah keluar ke jalannya, tidak ada yang mendorongnya untuk keluar, kecuali untuk berjihad dijalanku, kerana iman kepadaku serta membenarkan rasulku (maka aku yang menjaminnya)[2], bahawa aku akan memasukkannya kedalam syurga atau mengembalikannya ketempat tinggalnya semula yang mana ia keluar darinya dengan membawa pahala atau ghanimah.[3]

Telah disebut didalam sebuah hadith qudsi, bahawa Allah SWT telah berfirman “Hamba manapun dari kalangan hamba-hambaku yang keluar dari rumahnya untuk berjihad dijalan Allah dengan mengharapkan redhaku, maka aku menjamin baginya. Jika aku mengembalikannya (ketempat tinggalnya semula), aku mengembalikannya dengan membawa pahala atau ghanimah, dan jika aku mewafatkannya maka aku mengampuni dosa-dosanya dan Allah merahmatinya.

BERINFAQ DI JALAN ALLAH

مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مئة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم
 

Maksudnya :Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya ( Al-Baqarah 261 )

Seorang sahabat bertanya kepada RasuluLlah SAW. Wahai RasuluLlah, amalan apakah yang paling utama?. RasuluLlah SAW menjawab : 
"مؤمن مجاهد بنفسه وماله فى سبيل الله ثم رجل فى شعب من الشعاب يعبد الله "

Maksudnya: Seorang mukmin yang berjihad dijalan Allah dengan jiwa dan hartanya. Kemudian seorang mukmin yang berada dalam sebuah lembah (jauh dari manusia) untuk sentiasa beribadah kepada Allah.
[1] H.R Muslim Kitab kepimpinan. Bab Penjelasan kedudukan mujahidin yang telah Allah sediakan dalam syurga. No 1884
[2] Kalimat dalam kurungan adalah tambahan dalam kitab Shoheh Muslim
[3] HR Bukhari.Kitab Al-Jihad. No 2787...
  • “Sesungguhnya umat yang tahu cara mati yang terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung di dunia dan nikmat yang kekal di Akhirat. Tidaklah mendung yang meliputi kita hari ini melainkan kerana cinta dunia dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk suatu tugas yang besar. Bersungguh melengkapkan diri untuk mati, nescaya Allah mengurniakan kamu kehidupan. Ketahuilah bahawa mati itu pasti. Ia pula hanya sekali. Jika kamu jadikan mati itu di Jalan Allah, maka untukmu keuntungan di dunia dan pahala di Akhirat. Tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditentukan Allah ke atas kamu” … “Bekerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”. (Hasan Al-Banna)..
  •  Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, 
(i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam
(ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, 
(iii) diselamatkan dari azab kubur, 
(iv) diamankan dari Goncangan Besar, 
(v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), 
(vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)..
  • Dari Abdullah bin Abi Awfa ra bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Ketahuilah kamu bahawa Syurga itu di bawah naungan pedang-pedang” (Hadis riwayat Abu Daud..
-Hasil copy dr shbt seperjuangan,moga2 sma2  dpt berkongsi ilmu pengetahuan disamping dapat menyebarkan dakwah di Bumi Allah ini.,,I.Allah.. ^_^

Read more...