Sabtu


indahnya si'dia' buatku....
          (bicara tokoh)

terpaksa ku membelek buku-buku sejarah Islam bila kak 'naqibah' memberikan tugasan untuk dibentangkan pada usrah akan datang... tokoh yang menjadi contoh & idola? hm..siapa lagi kalau bukan junjungan kita Rasulullah s.a.w....

tersenyum daku melihat sebuah artikel yang memuji ketabahan hati seorang srikandi Islam saiyyidatina Fatimah r.a..... puteri kesayangan Rasulullah...

KISAH SITI FATIMAH R.A

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.
Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

-begitulah kisah sayyidatina fatimah yang ku rasakan boleh menjadi sumber kepada 
   ikutan sahabat2 dalam menjalani kehidupan mencari redha Ilahi....

P/s: teringat pesanan seorang ustaz mengatakan ..bila menjadi ibu..jangan jadi ibu ayam.... menurut kata anak-anaknya...akan tetapi jadi lah seperti singa dalam mendidik anak-anak menjadi soleh & solehah...(tangan yang menghayun buaian boleh mengegarkan dunia..) ^___^ 

Read more...

Rabu

 Antara slot-slot yang sempat saya ambil posternya :













Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar,akhirnya dapat juga saya meluangkan masa bersama ulama-ulama; banyak ilmu yang ditimba,,,tahniah kepada pihak penganjur serta sahabat2 yang mengajak saya menyertai program ini.... ULAMA' PENCETUS TAMADUN DUNIA.... ^_^
Read more...

Isnin

sEgALanya mILiKmU

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan
Read more...

Sabtu

Putus Asa.... Boleh membawa kepada kekufuran...

  • kalah atau menang,bahgia celaka,jatuh bangun merupakan percaturan hidup yang x dapat dipisahkan daripada manusia.
  •  sebagai seorang Islam,sifat ber'putus asa' itu akan membawa kepada kekufuran..
Firman Allah s.w.t :
        "Dan apabila kami mengurniakan nikmat kepada manusia,berpalinglah ia serta menjauhkan diri dari bersyukur apabila dia merasa kesusahan jadilah ia berputus asa..."AL-ISRA'-AYAT 83

'orang yg berputus asa adalah terdiri daripada orang yang cacat imannya,tidak mempercayai qada' dan qadar Allah s.w.t. Mereka seolah-olah memprotes ketentuan Allah yg menetapkan segala-galanya...'

Untuk memulihkan keadaan seseorang yg berputus asa,mereka perlulah.....
  •   berzikir
  •  membaca ayat Al-Quran
  •   bersolat
  •   berdoa memohon supaya ditabahkan hati..

moga kita diantara golongan yang sentiasa tabah dan yakin Allah itu bersama golongan yg sabar,dan hanya Dia kita boleh memohon pertolongan...pengalaman & ujian...adala tarbiyyah Allah yg amat berharga menunjukkan Allah itu yang Maha Penyayang....



Read more...

Sem baru,Buku baru,Matlamat baru...Semangat ??

        Masing-masing sibuk mencari tajaan,sedang aku pula masih sempat menutur bicara membiarkan tanganku terus menekan papan kekunci laptop ku ini...Tiba-tiba pantas ia berlari mengejar huruf keyboard ....mengenangkan usaha  serta penat lelah krew team dalam tempoh 3bulan sebelum program yang bakal dijalankan dikampus kami.... Alhamdulillah berkat kekuatan team kami,kami masih lagi dapat bertahan walaupun diruntun keletihan dan rasa sayu... dan aku pula,bila mempersoalkan perjuangan dalam gerak kerja Islam,itulah yang menjadi alasan bagi ku untuk menyejukkan hati..mana tidaknya,lama daku tidak pulang ke rumah...tersenyum ku sendirian... :)

       Program ini ibarat kunci permulaan untuk sem baru kali ini...dengan mempamerkan barisan tokoh-tokoh ulama yang terkenal seperti Johan Imam Muda II sdr. Hassan Adli bin Yahaya@Yahuz,Ust Hj Abdul Ghani Shamsuddin( Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama’ Asia Tenggara),Tuan Guru Hj Salleh Musa (Mudir Al-Rahmaniah Sik) ,Ust Hj Mutalib Maarof (Pengasas An-Nahdhoh, K.Semang, P. Pinang,Ust. Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin(Pemenang AQ Musim Ke-3),Dato' Dr Hj Haron Din ,Ust Zainal Asri Bin Romli (Paklong Zainol),Tuan Guru Hj Wahab Hassan(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai),  Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi(Mantan Pensyarah Universiti Malaya) serta ramai tokoh ulama' yang dijemput. Kokum telah mendapat kelulusan penuh dari pentadbiran kampus serta mendapat kerjasama persatuan/kelab-kelab ..Ianya bermula dengan kuliah maghrib dan diakhiri dengan konsert amal sempena diambang ramadhan,program ini juga  membicarakan tajuk-tajuk yang menarik dan mengupas isu-isu yang menjadi barah kepada masyarakat agar kembali kepucuk pangkal yang lebih baik..dengan cara penyampaian yang berbeza  seperti forum,bicara ulama',airmata ulama,wacana ulama,ulama dihati,tafaqquh fiddin,kuliah maghrib,bacaan tarannum,generasi ulama,bicara muslimat, seminar,konsert dan tidak lupa juga pertandingan yang mengujakan contohnya mari berkhutbah,jom mengeja jawi versi baru dan berpidato...Diikuti dengan tema yang menarik "ULAMA PENCETUS TAMADUN UMMAH" ,program ini juga turut meletakkan harapan yang tinggi untuk penerimaan daripada masyarakat amnya dan khususnya kepada remaja-remaja ,pelajar sek men.,pelajar-pelajar IPTA/IPTS,oleh itu pihak krew cuba untuk menyebar seluas-luasnya publisiti keseluruh Malaysia...

          Kolokium Ulama' Muda Peringkat Kebangsaan ini juga memerlukan budget yang besar bagi melaksanakan program ini dengan jayanya..Justeru itu usaha setebal buku 590m/s telah pun dilakukan bagi mencukupi belanjawan yang ditetapkan... 
  
         Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum program bermula,terfikir pula aku ketika ini..cepatnya masa berlalu...

          Harapan kami kali ini agar program yang diusahakan ini memberikan impak yang baik masyarakat serta diberi kemudahan selapang-lapangnya dari Allah agar dapat melancarkan program ini.... Segala penat lelah sahabat krew hanya Allah dapat membalasnya... Moga tajaan kita mencukupi... :)



               p/s : teringat taujihat pengarah program yang telan dihantar dalam inbox mesej fon agar tidak mengabaikan 3 perkara; ikhlaskan niat kerana Allah,bekerja sbgi satu pasukan(team),istighfar slps solat 10X seta menjaga solat dhuha 3X seminggu...  Moga Usaha kita diRahmati Allah.....~ ^_____________^~

Read more...

Isnin

"aurat kami,maruah kami"







Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”.
Hairan ku melihat gelagat adik-adik  sahabat-sahabat yang sekampus dengan ku,seronok bila berpakaian tidak mengikut etika,seronok pula jadi lain dari yang lain...erm...Mahu pula berpakaian biasa kadang-kadang menjolok mata hingga tidak melambangkan diri mereka sebagai muslimah Islam.. "em,nasib baik tak kena pakai baju kurung..,"kata seorang adik yang berdiri berdekatan dengan ku.... entah apa yang dikhuatirkannya sedangkan lebih manis jika seorang muslimah itu berlitup sehinggakan menutup keseluruhan auratnya... Hukum-hukum Allah jelas menentukan batas-batas aurat perempuan dan lelaki yang menganjurkan suatu perbuatan yang sopan dan ber'moral'  seperti menundukkan pandangan, melindungi perhiasan,tidak ber'tabarruj' serta memakai hijab yang menutup hingga ke paras dada....

 Seperti dalam firmaNya dalam surah An-Nur :"Katakanlah kepada para laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan; karena yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat (30). Katakanlah juga kepada para perempuan yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan, dan hendaklah tidak menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak. Dan hendaklah menutupkan kain kerudung ke dada mereka". (31).
Bagiku,muslimah itu penting bagi menjaga maruahnya,dan kesopanannya,sungguhpun dapat ku lihat rata-rata musliamah yang kurang malunya serta membuka peluang fitnah yang datang menghampirinya..sayang sekali wujud wanita2 yang menganggap dirinya dilahirkan dalam Islam.. merasakan diri mereka itu baik dan suci meskipun berpakaian seksi dan tidak menutup aurat,

“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.
“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

 Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.



PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^


Read more...