Ahad

MUHASABAH DIRI...

 kadang2..kita alpa dengan dunia yg kita cipta sndri kealpaan trsbt..hinggakan tdk sedar banyak perkara yg lagha tlh kita lkukan...kita prlukan prubahan pd diri..cipta kan masa terbaik bersama denganNya..bkn hanya menongkak dagu menunggu rezeki muncul tiba..kejayaan bkn datang dgn hanya berusaha...tp perlu tawakal dgnNya...kita hnya hmba yg lemah,selayaknya mohon lah keampunan,kekuatan dan kemurahan  rezeki...daku baru terjaga dari lena yg pnjang...


pernah x sahabat2 renungkan...betapa kita xsanggup buat solat sunat,,,tp sanggup utk xtido malam  untuk wat kerja assigment...tahukah sahabat semua...Ibnu Sina studynya diselangi dengan zikrullah,apabila buntu,segera bangkit dan solat dua rakaat minta petunjuk Allah...KITA???..study disulami dgn lagu2 xbermanfaat..kononya lebih mudah faham...Tapi bila ditanya,,pandai brkata-kata..jika belajar diniatkan Allah..Insya Allah akan mendapat pahala...agak-agaknya..kerana Allah ke kita dengar lagu westlife,mariah carey,Dayang Nur faizah,dan sebagainya?Atau kerana Allah kita menonton My Heart,Mega MOvie..dan lain-lain..
......bila hati susah nk terima pelajaran,mula bertanya pada diri sendiri..APA SALAHKU???..solat xpernah lewat waktunya..xpernah melakukan maksiat...
...tapi sedar xmaksiat ini luas pengertiannya..mencuaikan solat adalah maksiat pada Allah..melihat org melakukan maksiat ada sahamnya..apatah lagi bila xmenutup aurat,,,dan bercouple...macam manalah hati xgelap...
Matlamat kita  bukan sahaja jadi pelajar cemerlang universiti....dapat 4.00 dlm exam..tp yg paling utama nk jadi hamba Allah yg dipandangNYa diakhirat kelak..
Siapa nk bantu kita dipadang masyar nnti....nak minta syafa'at para artis ker???takut2 Rasulullah xpandang langsung kat kita,,,nak knal tanda sujud pn sujud xpernah lama...klu ikut bkas wuduk plak..sempurna ker wudu' kita??jd klu Rasulullah xknal..bagaimana Baginda nk mengaku umatnya???apalah nasib kita yg bergelumbang dengan dosa ini....diHAri Hisab kelak...
Takutnya...bila difikirkan..rasa nak berenti belajar....nak beribadat sahaja...tapi Rasulullah berpesan kita kena kejar ilmu dunia dan akhirat..xsalah kita nk meletakkan dunia yg pertama tp ingat jangan sesekali letakkan akhirat ditempat yg kedua...dengan ilmu kita bley menguasai ekonomi yang diterajui oleh orang kafir....
Dengan ilmu kita boleh terajui pimpinan negara kalau  tanpa ilmu...kita akan dipandang hina dan xberguna...
tapi klu kita masih begini...agak-agaknya siapa rugi...sama-sama kita muhasabah sejauh mana ketaatan kita pada Allah....sejauh mana cinta kita pada Allah dan Rasulullah S.A.W...
Read more...

Khamis

Penghayatan untuk seorang anak...





Rindu kepada ayahanda & bonda bukan kepalang manakan tidak sudah dua minggu pulang kerumah demi kesihatan abah..bagi abah,terlalu sakit menanggung derita baginya ia kafarah dosa dr Allah akibat dosa yang pernah dilakukan dahulu.."ABAH"seorang kuat ingatan walaupn pernah mengalami kecelakaan dikepala akibat "accident" dan sebelah  telinganya xdapat mendengar dengan baik...seorang yang kuat dan tabah dalam hidupnya,prihatin dalam kebajikan anak-anaknya,tidak pernah berkira apa sahaja perkara yg dilakukannya...seorang suka berkorban walaupun mengetahui dirinya dalam keadaan yg dhoif..sayang kami sebagai anak abah xsanggup melihat dia menderita walaupun dalam sakit yang sedikit...abah seorang lelaki yang hebat pernah kutemui dalam hidup...yang selalu mengigatkan aku tentang kewajipan mempelajari ilmu serta kepentingan dalam mencari ilmu dunia&akhirat itu dek kerana dia merasakan dirinya terlalu jahil dalam bidang agama.. sanggup menghadirkan diri kekuliah ilmu tidak kira siang atau malam,itu yg membuatkan aku kagum kepadanya...anugerah Allah itu dimana2,hari ini Allah mengurniakan aku abah yg terbaik,dan ibu yang sangat prihatin,penyayang& penyabar...rindunya kepada abah dan mak...'TERIMA KASIH YA ALLAH'
Read more...

Sabtu

5 Syarat untuk buat maksiat...

kadang2 kita leka dan alpa...kita adalah insan2 yg harus diberi diperingatkan dan perlu harus selalu beringat-ingat agar tidak terlalu leka dengan keduniaan...

hari ini,(hanya pengkongsian shj..) daku terserempak dengan seorang'kakak' yang ramah orgnya,baik bahasanya,banyak yang kami sembangkan tentang asal-usul,tempat pengajian dulu n kini,tiba2 dia mengeluh tentang kesilapan yg pernah dia lakukan dahulu,baginya utk berpatah balik cukuplah susah,daku cuba utk mengigatkan dia tntg segalanya qada' dan qadar Allah,ianya juga petanda bahawa Allah mahu mengambil kita kembali setelah kita leka denganNya...tapi dia tetap teguh dengan rasa malunya trhadap masyarakat,baginya dirinya amat hina,daku cuba meruntunkan kata2nya,akhirnya,tidak berjaya,untuk mmbantu daie' perlukan usaha yg mantap,tapi dia seorg sgt faham agama,seorg pndakwah juga dahulunya,tapi leka dek bersahabat dengan rakan-rakannya dia terus alpa,tapi dia diantara orang yg mahu kembali dan banyak berusaha untuk kembali padaNya,dia cuba untuk mencari program tarbiyah yang dapat membentuk diri,itu yang daku banggakan akan tetapi jika keadaan yang tidak membawa kepada 'islamic environment' juga membawa kita kembali cenderung ke arah tempat yang sesat yang membawa kita lupa kepada Tuhan...seorang yang ingin berubah perlu kuat untuk mengubah dirinya seperti,

 'firman Allah: "Allah tidak akan merubah sesuatau kaum selagimana dia tidak mahu merubah diriNya"'

sempat lagi dia berpesan pada ku agar tidak menjadi sepertinya...seorang perempuan,wanita,muslimah...perlu meletakkan 'limit' dalam hidupnya agar tidak terlebih dalam pergaulannya,maksudnya menjaga segala batas2 samaada dari segi pergaulan,akhlak dan sebagainya....

jadikan maruah kita itu permata yang paling berharga yang  mana Allah menyuruh kita menjagaNya kerana ianya anugerah yg tidak ternilai kepada seorang wanita...

pengalaman yang mana perlu ku jadikan teladan dalan hidup ku, dan peringatan agar lebih berhati2 dalam menempuhi dunia yang penuh dengan Tuhan...

                 "Ya Allah, kembalikan kami menuju redhaMu"

Antara 5 syarat untuk berbuet maksiat adalah...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim

bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama

ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku
nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut
Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima
syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu
melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak
sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu,
wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika
kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan
rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan?
Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini
membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah,
fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya
dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar
segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian
menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai
Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin
Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu masih berkeinginan
melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu
mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya,
'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu

bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian
lelaki itu menggelengkan kepala dan segera
tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat
maut akan memenuhi permintaanku?"


"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa
kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan
datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh
lari dari kemurkaan Allah?"



"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun
menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah
datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari
kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."



Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat
itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia
tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air
matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat
kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.]




Doa Pemuda Soleh



Seorang pemuda soleh mengunjungi sebuah kedai roti. Dia memerhatikan roti-roti yang disusun berbaris kemas di atas meja.


"Berapakah harga sebuku roti itu?" tanyanya sambil menunjukkan sebuku roti yang nampak segar seperti lepas dimasak



"Tidak mahal, hanya satu dirham sahaja," jawab penjaga gerai itu dengan muka manis.



Pemuda itu menyeluk sakunya untuk mengeluarkan wang. Dahinya tiba-tiba berkerut, tangannya masih di dalam saku tercari-cari. Ke mana perginya wang aku, hatinya kecil tertanta-tanya.



"Minta-maaf, saya sudah kehilangan kesemua wang saya. Baru sebentar tadi ia masih ada," jelas pemuda soleh kepada penjaja.



Seorang lelaki yang mengenali peribadi pemuda soleh itu terus berkata,
" Ya Allah, kudungkanlah tangan orang yang mencuri wang pemuda ini."



Mendengar doa orang itu, pemuda soleh terus berkata,"Wahai Tuhan, jika wang itu diambil kerana desakan hidup untuk memenuhi keperluan, berkatilah dia. Tetapi jika ia diambil kerana tidak takut kepada dosa, moga-moga inilah dosanya yang terakhir."




Read more...